Kofi Annan dilantik profesor Singapura



SINGAPURA – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan dilantik sebagai profesor di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di sini bermula Februari tahun depan, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Pemimpin berusia 71 tahun itu yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB dari 1997 hingga 2007 tersebut akan menduduki kursi Li Ka Shing yang pertama kali diperkenalkan di sekolah itu.

Pengumuman mengenainya dibuat Dekan Kishore Mahbubani kelmarin pada malam gala ulang tahun kelima Sekolah Lee Kuan Yew di bawah Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kursi profesor itu mengambil sempena nama manusia terkaya Asia Timur, Li Ka Shing yang mendermakan AS$100 (RM352.8 juta) kepada tabung sekolah itu pada Mac 2007.

Annan dan PBB secara bersama menerima Hadiah Keamanan Nobel pada 2001 kerana berusaha ke arah hak asasi manusia dan penyelesaian konflik global.

– Agensi

No comments

Powered by Blogger.