SURAT TERBUKA UNTUK PM: PENINDASAN SME BANK!
MULTI INRICH SDN. BHD-646134-D
Lot S16 - S24 & S24, 2nd Floor, Wisma SEDCO,Off Coastal Highway, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-272586 Fax: 088-252586
Email: multiinrich@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
8 Julai 2009
Yang Amat Berhormat,
Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
PERKARA : PENINDASAN SME-BANK TERHADAP USAHAWAN BUMIPUTRA NEGERI SABAH.
02. Syarikat Multi Inrich telah ditubuhkan pada 19 Mac, 2004 dengan modal berbayar RM350,000 dimilik oleh Usahawan Bumiputra berasal dari Semporna, Negeri Sabah. Pada 18 Ogos, 2006, (2 tahun 11 bulan) Syarikat ini telah menyewa ruang kilang di Kompleks Kilang SME Bank di Lot 4, Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah untuk menghasil/mengeluarkan produk Ornamental Gutters dimana syarikat ini telah diberi kelulusan GALAKAN TARAF PERINTIS – PIONEER STATUS oleh Kerajaan Malaysia (Pengecualian cukai 100%) yang diluluskan oleh Y.B Menteri Kewangan Malaysia dan Y.B Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Syarikat MISB adalah Syarikat yang Pertama didaftar dalam Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 (Industri Design #06-00729) di Negeri Sabah di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
03. Galakan Taraf Perintis dipohon oleh beribu Syarikat dari Malaysia dan Luar Negara dan 11 Syarikat telah diluluskan di mana hanya Syarikat Multi Inrich Sdn Bhd yang dimiliki saham 100% Bumiputra yang lain selebihnya dimiliki oleh rakyat asing saham 100%. Syarikat milik Bumiputra ini sahaja telah terbukti dari Negeri Sabah telah memasarkan Produk Ornamental Gutters ke Semenanjung Malaysia dan ke luar Negara. Syarikat ini telah mendapat kontrak di Luar Negara bernilai USD 835,000.00 (RM 3 Juta) pada Jun 09, 2009 yang akan di eksport pada Ogos, 2009. Kami terpaksa membatalkan semua projek yang sedang dan akan dijalankan di mana kami tiada tempat untuk memindah mesin-mesin dan alat kelengkapan dalam kilang yang dianggarka bernilai satu (1) Juta Ringgit Malaysia. Kami juga terpaksa menutup operasi kilang pengeluaran produk Ornamental Gutters di Malaysia dari Negeri Sabah dan Syarikat kami ada menerima tawaran pemindahan teknologi ke Negara luar.
04. Selama menyewa di Kompleks Kilang SME Bank di Kota Kinabalu, Sabah, Syarikat kami telah dua (2) kali di arah tutup oleh pegawai SME Bank tanpa diberi alasan dan kami telah membayar sewa bulanan pada setiap bulan tanpa gagal walaupun ada beberapa bulan kami terlebih bayar daripada sepatutnya. Pihak SME Bank masih menyimpan wang deposit 2 bulan berjumlah RM4,076.00 Syarikat kami amat susah untuk mendapat bantuan kemudahan kewangan dan juga galakan perniagaan, walaupun kami telah memohon berkali-kali. Kami susah diberi Geran Bantuan yang sepatutnya kami terima sebagai Usahawan Bumiputra dari Negeri Sabah. Kami telah dua (2) kali memohon untuk dipertimbangkan diberi tempoh satu (1) tahun lanjutan sewa, sementara menunggu kilang dibina di tapak tanah seluas 10 ribu kaki persegi yang telah dibeli dikawasan Lok Kawi yang dijangka siap pada awal tahun 2010. Mengapa kah ada penyewa lain telah diberi sewa sehingga lebih 9 tahun dan disewakan kepada kontraktor untuk dijadikan stor selama 1 tahun kawasan Kompleks Kilang SME Bank di Kota Kinabalu Negeri Sabah?
05. Bukan kami sahaja yang menerima layanan buruk daripada pegawai dan pihak atasan SME Bank, ada juga ramai usahawan yang lain dari Negeri Sabah telah diberi layanan buruk. Kami dilayan lebih hina daripada binatang. Kami sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan SME Bank di Kuala Lumpur, tiada juga tindakan dan siasatan diambil oleh pihak atasan untuk membetulkan masalah yang berbangkit tetapi kami menerima layanan lebih buruk lagi. Kami seolah-olah tiada tempat untuk mengadu, kami ditindas , dianaiya, dikutuk, dilayan seperti bukan manusia. Kami amat kecewa di mana sepatutnya sebagai Usahawan Bumiputra yang baru hendak berjaya dari Negeri Sabah tidak mendapat pengiktirafan walaupun kami telah terbukti menghasilkan produk yang berkualiti tinggi di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan TARAF PERINTIS oleh Kerajaan Malaysia pada 10 Disember 2007 hingga 9 Disember 2012
06. Amat malang menjadi Usahawan Bumiputra di Negeri Sabah yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak SME Bank dan amat malang sekali Kilang kami telah ditutup sebelum perjanjian sewa tamat dan sebelum mendapat arahan dari Mahkamah dibawa seksen 7(2) Specific Relief Act, 1950. Semasa operasi pengeluaran dijalankan di dalam kilang, semua pekerja kilang diarah keluar dari dalam Bangunan Kilang oleh Security dan 3 orang pegawai SME Bank pada jam 4 petang 30hb Jun 2009. Kami terpaksa keluar tanpa mengambil barang yang telah siap untuk dihantar kepada pelanggan yang telah membuat tempahan. Yang amat mengecewakan pendatang asing yang berada di Negeri Sabah dilayan lebih baik daripada kami sebagai Usahawan Bumiputra di Negeri Sabah. Kami adalah Usahawan Bumiputra Tulen yang telah menjalankan usaha perkilangan di Negeri Sabah.
07. Kami amat menghargai usaha Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional untuk membantu dan melahirkan Usahawan Bumiputra di Malaysia dimana Usahawan Bumiputra yang pada masa ini telah jauh ketinggalan di bidang Perindustrian terutama di Negeri Sabah dibandingkan Bukan Bumiputra. Kerajaan Barisan Nasional telah berusaha keras untuk membantu Usahawan Bumiputra di Malaysia tetapi ada segelintir pegawai agensi dibawa Kementerian berkenaan tidak menjalankan amana dengan baik, mereka lebih mengutamakan bukan bumiputra yang sudah maju. Apakah tujuan Kerajaan yang mengeluarkan peruntukan berjuta RM untuk membina Kompleks Kilang SME Bank di Negeri Sabah?
08. Kami memohon bantuan daripada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah, di mana dengan bantuan pihak Kementerian berkenaan dapat membuktikan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas.
t.t
……………………………..
Abdul Karim Ahmad
HP: +60198200600
sumber
No comments
Post a Comment