Majlis Perasmian Bazar Ramadhan Bandar Perda









8 September 2009 (Selasa) : Lebih kurang 100 buah gerai menerima tetamu kehormat YB Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang semalam bagi merasmikan Bazar Ramadhan di Bandar Baru Perda, Seberang Perai. Majlis tersebut turut dihadiri Encik Amir Ghazali dan Encik Farid Arshad selaku Ahli Majlis MPSP.

Dalam masjis tersebut YB Mansor menyerahkan T-shirt kepada peniaga sebagai simbolik perasmian dan sokongan Kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga kecil. Selain itu, YB Mansor turut memuji penglibatan dari anak muda yang begitu memberangsangkan. Menurut beliau aktiviti ini dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan gejala negatif seperti merempit. Aktiviti seperti ini juga dapat menggalakan anak muda untuk terlibat dengan aktiviti perniagaan dan menambahkan bilangan usahawan di negeri Pulau Pinang.

Bazar Ramadhan tersebut adalah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Permatang Rawa yang duruskan oleh Penganjur Bazar Ramadhan Bandar Perda. Menurut Encik Fadzil, urusetia Pengajur Bazar Ramadhan lebih kurang terdapat 100 gerai terlibat dalam Bazar Ramadhan yang julung-julung kali diadakan ini. Pengajuran Bazar Ramdhan yang bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi peniaga kecil selain menyusun peniaga yang sebelum ini berselerakan sekitar Bandar Baru Perda. Bazar Ramadhan ini juga dapat memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar untuk membuat persiapan menjelang hari raya nanti.

Kebanyakan peniaga yang terlibat rata-rata adalah peniaga tempatan yang tinggal sekitar Seberang Perai. Peniga di sini berpandangan program Bazar Ramadhan perlu diteruskan pada masa hadapan kerana dapat membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan.

http://mansorothman.blogspot.com/

1 comment

Aree Tone WoW said...

Rasanya ni Uptown kot...Bazaar Ramadan dalam Masjid Perda....

Powered by Blogger.