PRK Permatang Pasir di bumi barakah Mekah
Alhamdulillah, saya baru selamat kembali dari bumi kesayangan Baginda junjungan Rasulullah s.a.w. iaitu dua kota suci Mekah dan Madinah.
Saya turut bersama-sama program Umrah Tarbawi DMPP musim ke 3, buat kali kedua bersama-sama Unit Amal Pahang dengan ahli-ahli rombongan seramai 59 orang.
Syukur kehadrat Illahi, tempoh 2 minggu di bumi barakah itu amat menyegarkan jiwa dan minda. Walaupun fizikal agak keletihan menjalankan ibadah umrah pada pagi dan petang, Alhamdulillah sempat juga saya menyambut kehadiran bulan Ramadhan beberapa hari semasa di Mekah.
Buat seketika kami berada jauh daripada tanah air, tetapi masih mengingati segala yang ditinggalkan buat sementara di Malaysia, disamping memanjatkan sepenuh doa dan harapan agar semuanya diberikan kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Malah terutamanya saya teringat sangat tentang PRK Permatang Pasir yang kebetulan berlaku semasa saya di tanah suci.
Pengumuman t entang tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada PRK Permatang Pasir tersebut dibuat ketika saya dan rombongan sedang berada di Mekah.
Secara sedar dan tidak sedar di dalam tempoh saya memegang amanah selaku ketua DMPP, telah berlaku sebanyak 7 kali PRK di Semenanjung dan satu di Sarawak. Cuma pada PRK Permatang Pasir kali ini saya tidak dapat bersama jentera Halwa dan Muslimat turun padang secara langsung.
Oleh itu saya dan sahabat-sahabat berusaha melakukan tugasan kami terus memohon ke hadrat Illahi Yang Maha Kaya, agar jamaah kita, PAS dengan meletakkan calon Ustaz Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selaku wakil Pakatan Rakyat diberikan kejayaan yang cemerlang.
Saya sendiri amat teruja merasakan satu tanggungjawab besar untuk kami ahli-ahli jamaah yang berada di tanah suci untuk bersama-sama para sahabat lain di tanah air berjuang memenangkan calon kita.
Saya setakat terdaya mengambil inisiatif bermunajat kehadrat Illahi setiap kali di depan Multazam, di Hijir Ismail, semasa bertawaf mengililingi Kaabah serta bersaie’ di antara Shafa dan Marwa, terus memohon agar Allah Yang Maha Memakbulkan permohonan, memelihara dan merahmati jamaah kita dan memberikan kejayaan yang cemerlang di PRK Permatang Pasir.
Kami menaruh keyakinan besar bahawa PAS akan menumpaskan BN sekali lagi di Permatang Pasir. Alhamdulillah, saya sendiri amat terasa bahawa kejayaan akan menyebelahi kita dan saya husnul-zan kepada Allah Yang Maha Kaya bahawa BN akan kecundang.
Ketika kami sibuk bersiap untuk pulang ke tanah air, setiba di Jeddah pada 25 Ogos disebelah petang, kami dapat berita yang menyatakan bahawa PAS sedang mendahului BN. Alhamdulillah, akhirnya maklumat yang kami terima bahawa PAS menang di Permatang Pasir.
Tahniah kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat di atas kemenangan tersebut. Terhadap YB Ustaz Mohd Salleh Man tahniah diucapkan dan segunung harapan diserahkan agar YB dapat meneruskan tugas yang ditinggalkan oleh allahyarham YB Dato’ Hamdan dengan penuh dedikasi. Insya-Allah berbakti kepada masyarakat kerana Allah selagi hayat dikandung badan.
Tahniah juga kepada PAS Pulau Pinang, teruskan usaha membantu YB kita ini sebagaimana yang telah dilaksanakan kepada allahyarham YB Dato’ Hamdan yang lalu. Mudah-mudahan kemenangan ini akan meningkatkan lagi usaha, tekad dan azam PAS Pulau Pinang untuk terus melangkah maju.
Akhirnya tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua jentera Helwa dan Muslimat PAS yang dikasihi, yang telah bertungkus-lumus merancang semasa saya masih berada di tanah air lagi, serterusnya turun padang merasai denyut nadi dan rintihan masyarakat Permatang Pasir. Semoga usaha-usaha amar makruf ini mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah s.w.t.
Nuridah Mohd Salleh
Ketua DMPP

No comments
Post a Comment