Radio Era & Sinar FM tak sensitif waktu berbuka
Saya pun tak perasan hal ini sebab selalu dengar Radio IKIM, Bernama dan Radio KL jer…tapi sepatutnya mereka sensitif dan laungkan suara azan seperti rangkaian lain
Dengarnya…: Radio Era tak sensitif waktu berbuka puasa
Oleh Normah Becok
HUJUNG minggu baru-baru ini, Cik Normah mengambil peluang tidak bekerja dengan berbuka puasa bersama suami dan adik ipar di sebuah restoran yang biasa saja. Iyerlah, walaupun hendak berbuka puasa di luar, Cik Normah dan suami akan pilih tempat yang boleh bagi harga berpatutan tetapi makanan yang ditawarkan masih sedap dan berkualiti.
Sekurang-kurangnya sekali, Cik Normah akan berbuka puasa dengan saudara mara, sama ada dari keluarga sebelah suami atau keluarga Cik Normah sendiri.
Sambil menunggu makanan yang dipesan dihidangkan, Cik Normah mendengar stesen radio Era di radio ini. Tidak apalah. Stesen radio mana pun Cik Normah memang tak kisah.
Dalam asyik berborak dengan sanak saudara itu, sesekali Cik Normah dan suami tengok jam di tangan menunjukkan waktu berbuka semakin hampir. Tapi stesen radio Era kedengarannya tidak memberi tanda-tanda hendak masuk waktu berbuka dan solat Maghrib. Selepas lama menunggu dan tertanya-tanya sesama sendiri, akhirnya pekerja restoran restoran memaklumkan kepada pelanggannya sudah boleh berbuka puasa. Pada waktu ini, stesen radio Era tidak buat apa-apa pengumuman sebaliknya terus menyiarkan lagu. Lagu rancak pula itu.
Cik Normah rasa radio Era tidak sepatutnya macam ini pada bulan Ramadan. Radio Era adalah stesen radio bahasa Melayu nombor satu. Pendengarnya tentu orang Melayu dan beragama Islam. Sangat pelik apabila radio Era tidak sensitif langsung dengan hal ini. Waktu berbuka puasa dan masuk waktu Maghrib. Kalau pun tidak mahu siarkan suara azan, penyampai radio yang bertugas boleh mengumumkan sudah masuk waktu berbuka puasa dan disusuli dengan menyiarkan lagu yang bersesuaian pada waktu ini.
Bukan saja radio Era, menurut seorang rakan Cik Normah, stesen radio Sinar FM juga sama. Tidak ada azan Maghrib atau pengumuman waktu berbuka puasa apabila tiba pada waktunya.
Cik Normah memang hairan sebab seperti Cik Normah cakap tadi, Era dan Sinar adalah stesen radio bahasa Melayu nombor satu dan nombor dua. Tapi kenapa tidak peka dengan suasana semasa iaitu ketika pendengar Melayu dan beragama Islam memerlukan waktu amat penting pada waktu berbuka puasa!
Sumber:Berita Harian, 2 September 2009

No comments
Post a Comment