Semua Perlu Patuhi Undang-Undang Najib?, Kata Najib

PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Berikutan insiden cuba mengadakan "Persidangan haram Dewan Undangan Negeri Perak" pada hari Rabu, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak mematuhi undang-undang negara demi menjamin ketenteraman awam.

Polis mempunyai kuasa untuk memastikan ketenteraman awam dapat dikawal, kata Perdana Menteri kepada media selepas mengumumkan pemenang Pertandingan Lagu 1Malaysia di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan di Perak hari ini apabila kumpulan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada pembangkang cuba mengadakan persidangan haram dewan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Cubaan mengadakan persidangan haram itu dibuat ekoran bekas Speaker V. Sivakumar kononnya mengeluarkan notis memanggil persidangan hari ini di bangunan itu yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Menjawab soalan lain, Najib amat kesal dengan insiden demonstrasi di Shah Alam Jumaat lepas, berhubung bantahan terhadap cadangan pembinaan kuil di sana dan ada pula yang membawa kepala lembu semasa demonstrasi itu.

Perdana Menteri menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Pejabat Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu.

Demonstrasi dilaporkan diadakan oleh kalangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam bagi membantah pembinaan kuil di seksyen tersebut.

Mengulas mengenai insiden Jalur Gemilang dibakar di Indonesia hari ini ekoran para penunjuk perasaan di sana tidak berpuas hati dengan beberapa isu tertunggak antara Malaysia dan Indonesia, Najib berharap ia tidak akan menjejaskan hubungan akrab kedua-dua negara.

Kejadian itu bukan terbit daripada kehendak kerajaan Indonesia, kata Najib, sambil menambah beliau dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono juga mempunyai hubungan yang akrab dan saling menghubungi antara satu sama lain.

-- BERNAMA

jangan buat baik la bro.! kat ekor hang tu banyak tahik!

No comments

Powered by Blogger.