Sah! Najib Gali Kubur Untuk BN!

BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang


MARAN 4 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.

``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.

``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Proogram Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.