Selangor Anjur Perhimpuanan Khas Hari Malaysia.

SHAH ALAM, 14. September-Bersempena Sambutan Hari Malaysia kali ini, Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sebuah Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati dan memberi pengiktirafan kepada gabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Serawak pada 16 September 1963.

Menurut Kenyataan yang dihantar kepada media, Perhimpunan ini akan diadakan pada 15 September iaitu hari Rabu, bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Jam 9.00 pagi.

Dalam Majlis tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr, Jeffry Kitingan dan Pemimpin masyarakat Serawak , Tuan Baru Bian sebagai tetamu khas.

Selain itu juga, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkeffly Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim turut menyampaikan perutusan pada hari tersebut.

No comments

Powered by Blogger.