Selcat: RM2.5 Juta Lesap Tak Sampai 2 Bulan
SHAH ALAM, 10 September - Sejumlah hampir 2.5 juta ringgit habis dibelanjakan dalam tempoh dua bulan oleh lima Adun Barisan Nasional, sebelum menjelang pilihan raya umum, Mac tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan oleh Adun Adun untuk tempoh 12 bulan.
Teng menyifatkan kelulusan peruntukan oleh Pejabat Daerah adalah satu kecuaian kerana tidak melakukan sebarang pemantauan terhadap peruntukan wang yang telah diamanahkan.
“Ada kecuaian pada pihak pejabat daerah untuk meluluskan permohonan untuk projek kecil ini, kerana tidak berdasarkan laporan daripan pihak juruteknik.
“Beban tugas adalah soal lain, kalau tak pantau tak pantau lah, kenapa tak pantau, itu sebab soal lain, memang ada kecuaian dalam perkara ini kerana pada masa itu dan kelulusan telah diberikan kepada projek peruntukan diluluskan tanpa mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Selcat hari ini memanggil Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Misri Idris untuk memberi keterangan pada sesi pendengaran awam berhubung isu peruntukan 5 DUN Barisan Nasional sejak dari Januari hingga Mac 2008.
Lima Dun tersebut adalah Ijok, Bukit Melawati, Jeram, Permatang dan Sungai Burong.
Teng berasa musykil apabila pejabat daerah meluluskan 24 permohonan bertarikh 11 Februari dan mengeluarkan baucer pada keesokannya, iaitu sehari sebelum pembubaran Parlimen.
Di samping itu, terdapat beberapa baucer yang turut diluluskan selepas pembubaran.
Bercakap pada sidang media selepas sesi pendengaran ditangguhkan, Teng menjelaskan, peruntukan yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan itu tidak munasabah dan ia juga didapati digunakan sebagai dana untuk berkempen.
“Peruntukan Dewan dun adalah untuk pembangunan sepanjang tahun, yang telah pun diluludkan oleh dewan negeri, bukannya dimaksudkan untuk menjadi dana kempen pilihanraya, jadi tidak kira samada tahun itu terdapat pilihanraya atau tidak sewajarnya peruntukan itu hendaklah teratur mengikut jadual yang ditetapkan, diagihkan kepada 12 bulan tersebut, dan tidak disalahgunakan sebagai dana kempen,” katanya.
Turut dipanggil memberi keterangan hari ini ialah Penolong Pegawai Daerah, Idzahar Rasidi, Ketua Pembantu Tadbir, Ibrahim Ahmad dan dua Pembantu Tadbir Kewangan, iaitu Norafzahti dan Nordiana.
Teng bagaimanapun berpuashati terhadap perjalanan pendengaran awam hari ini apabila pihak yang dipanggil, memberi kerjasama sepenuhnya.
“Ini adalah sikap yang kami perlukan daripada pegawai daerah dan pegawai-pegawai berkenaan yang terlibat secara langsung dalam menguruskan permohonan peruntukan adun dalam kawasan masing-masing…Mempunyai gambaran yang jelas bagaimana keadaan pejabat daerah menjelang pilihanraya dimana mereka dikehendaki mengendalikan permohonan peruntukan yang begitu banyak luar biasa menjelang pilihanraya,” katanya.
Sesi pendengaran awam ini bersambung esok.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment