Saranan untuk PAS

Mohd Yusof Abdulllah

Saya bersetuju dengan banyak pandangan saudara berhubung masa hadapan PAS terutamanya dan PR menjelang PRU 13. Bukan sahaja kerana faktor mahupun budaya politik rakyat Malaysia yang mudah dipengaruhi dengan pelbagai persepsi, juga sebenarnya amat bergantung kepada kebijaksanaan PEMIMPIN yang kuat mempengaruhi perencanaan arah tuju perjalanan parti-parti politik yang aktif di negara ini.

PAS di suatu peringkat yang terkehadapan di dalam menguasai suasana perubahan dan pola pengundi bukan melayu telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS, namun akhirnya PAS dilihat hanya sekadar memperalatkan kebencian pengundi bukan Melayu kepada UMNO BN dengan menubuhkan KPP kerana sehingga hari ini anjakan yang diperlukan oleh KPP amat terhad. Mereka kini dilihat seperti melukut ditepian.

Sementelah pimpinan pula dilihat lebih berminat dengan slogan retorik yang dilihat sekadar menyejukkan keadaan sehinggalah UMNO melalui piliharaya Bagan Pinang telah berjaya mendepani pelbagai keresahan pengundi bukan Melayu ini.

Tentulah bukan suatu yang mudah bagi mereka yang berkerja dilapangan untuk melakukan segala-galanya yang dilihat perlu sebagai agenda perubahan.

Sementara PAS pula sebenarnya mempunyai jumlah pemimpin yang terhad yang benar-benar bekerja sepenuh masa untuk mendepani pelbagai persoalan masa hadapan selain sibuk dengan aktiviti penerangan, agenda politik, tanggungjawab mentadbir negeri dan PBT.

Sangat sedikit dari kalangan aktivis parti yang benar-benar mengambil pilihanraya untuk mereka mengasah kepakaran dan profesionalisma mereka di dalam mendekati senario sebenar budaya politik di negara kita.

Lihat sahaja, setiap kali pilihanraya, jentera PAS lebih tertumpu kepada aktiviti ceramah, kempen singkat, pasang poster dan lain-lain tanpa mengambil kira faktor asas yang harus dimuqaddimahkan.

Bagan Pinang misalnya hanya mempunyai 3 cawangan, aktiviti parti tentu amat terhad sebelum ini, apatah lagi program kebajikan yang menjadi nadi keutamaan masa kini.

Jesteru saya menyarankan lebih banyak program melahirkan kecaknaan dan kesedaran kepimpinan terutama melalui Akademi Latihan Pemuda DPP Pusat dan Negeri untuk melahirkan lebih ramai petugas parti yang berwibawa di pelbagai peringkat sebelum keadaan kembali tidak menyebelahi kita.

Saudara saya lihat sebagai antara barisan hadapan yang berpeluang melihat dari sisi berbeza serta membuat analisa berdasarkan pemerhatian yang jauh lebih fokus berbanding dengan sesetengah pimpinan PAS yang hanya melihat kerangka kerja mereka samada di negeri, kawasan mahupun cawangan serta dewan-dewan.

Saya percaya masih belum terlambat untuk kesedaran ini dikembalikan asal sahaja ada kesungguhan. PRU 13 tetap akan hadir. Senario politik berubah kalaupun bukan tiap saat tetapi ia berlaku setiap jam dan hari.

Kalau hari ini PR dilihat dominan kerana menjuarai pelbagai isu, tetapi hakikatnya isu tidak berkekalan menjadi punca sesebuah parti itu dominan.
Yang dilihat adalah sejauh mana keberadaan sesebuah parti siasah itu bersama rakyat dan melakukan tindakan yang resional dan munasabah untuk mengekalkan kepercayaan mereka.

Masanya sudah tiba agar pemimpin membanyakkan turun padang ke kawasan yang terpencil, sarat dengan kemiskinan dan warga terpinggir sementara media alternatif memberi lebih banyak liputan kepada pimpinan parti bertujuan meningkatkan imej parti secara keseluruhan.

Sementara pemimpin pemuda dan muslimat secara agresif merangka pelan tindakan berkala untuk mendepani golongan seangkatan dan memastikan aktiviti yang dijalankan segar bersesuaian zaman dan minat mereka. Idea-idea baru juga perlu dikemaskan agar lebih up to date dan bersifat semasa.

Sekian. Terima kasih

MOHD YUSOF ABDULLAH
019-2304188

No comments

Powered by Blogger.