News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

aku kesian kat polis bawahan!

February 28, 2009

aku tengok beberapa kali video kat bawah
polis bawahan hanya mengikut orang atasan
semua arahan wajib ikut

babun yang pegang kuasa di atas hanya bersorak
tiap kali rakyat ditindas syaitan berhati busuk ini akan ketawa
betapa berkuasanya syaitan ini
sapa yang huru harakan negara?
adakah rakyat yang tidak berdosa yang buat?
adakah rakyat yang miskin buat?

buat syaitan ini
tunggu la hari pembalasan yang tiada kesia belas

jahanam naj......

lompat ibrahim lompat..lompat sampai tinggi..hebart ibrahim hebat..pru 13 jawapanya nanti!

Ibrahim Tidak Layan Provokasi Desak Letak Jawatan



KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tidak akan melayan sebarang provokasi pihak-pihak tertentu yang mendesak beliau meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen.

Beliau mengakui sedar adanya desakan hebat dari PAS supaya beliau meletak jawatan ekoran kelantangannya bersuara menentang parti itu walaupun beliau bertanding di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum yang lalu di atas tiket PAS.

"Walau apa yang mereka lakukan untuk memaksa saya letak jawatan, saya tidak akan layan kerana seseorang anggota parlimen tidak boleh bertanding semula sebelum tamat tempoh lima tahun mengosongkan kerusi yang dimenanginya," katanya.

"Jadi, tunggulah Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, saya akan bertanding semula bagi untuk membuktikan pengaruh sama ada masih diterima pengundi kawasan (Parlimen Pasir Mas) atau tidak," tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pada Majlis Penerangan Khas "Kesetiaan dan Kedaulatan Raja" anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.

Ibrahim berkata adalah sesuatu yang aneh apabila PAS bertindak meminta beliau meletak jawatan semata-mata kerana beliau menyuarakan pandangan di tempat-tempat terbuka termasuk di Parlimen.

"Prinsip saya sejak dari dulu lagi, suka menyuarakan pandangan dan menentang segala kemungkaran sama ada dalam mana-mana parti sekalipun," katanya.

-- BERNAMA

Chaos in Brickfields ( Video)


Chaos in Brickfields

malang yang menimpa zambry(macha)!

PAC Perak Panggil Zambry, Nizar Dan Exco

IPOH, 28 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan bekas menteri besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir.

"PAC yang mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Kewangan negeri, di sini semalam memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar baru dan Ketua Penerangan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Canning itu berkata PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Perak.

Beliau berkata pelantikan itu dianggap luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata PAC turut mempersoal manfaat daripada pelantikan itu kerana dua daripada mereka iaitu Chang dan Veerasingam bukan Adun, manakala kelayakan dua wakil rakyat iaitu Mohd Najmuddin dan Hamdi sebagai anggota pentadbiran negeri adalah diragui.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu," katanya.

Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Wong berkata jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri," katanya.

-- BERNAMA

apa macan ni datuk seri?

Pelajar di Mukah siar aksi buli di YouTube


KUCHING: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak berani apabila merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

Perbuatan itu mendapat liputan meluas media tempatan hari ini.

Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah, di dalam sebuah bilik asrama.


Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu tidak diapa-apakan, beliau terus dibelasah tanpa belas kasihan.


Satu laporan menyebut keluarga mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, sudah membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Dalat.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata kes itu turut dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh.

Ia teruk dan serius. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Saya sudah diberi kebenaran untuk bertindak tegas," kata Julaihi.


Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dalat turut terkejut dengan kejadian itu dan mahu laporan lengkap mengenainya.

"Saya akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada sekolah berkenaan," katanya.

Dua tahun lalu, masyarakat di Sarawak turut gempar dengan berita kematian seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu, yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama. - Bernama


ambik tindakan yang tegas!

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.


Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

ImageIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm

(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

Does Zambry or Nizar get the MB's pay?


IPOH, Feb 28 — The Perak Public Accounts Committee (PAC) will open investigations to determine whether the salaries and perks should be paid to the Barisan Nasional menteri besar and executive councilors or those from the Pakatan Rakyat.

The inquiry will begin next Thursday and also look into the purpose and benefit of the recent appointments of three advisors to Menteri Besar Datuk Dr Zambry Kadir and one information chief, all with executive councillor status.

Perak PAC chairman Wong Kah Woh said that in view of the tug-of-war game between the two coalitions over who should helm the state, the committee needed to ensure that funds disbursed to whichever parties were “justifiable”.

On the appointments of the four with exco status, namely Datuk Chang Ko Youn (Chinese affairs), Datuk S. Veerasingam (Indian affairs), Kpt (Rtd) Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz (Religious affairs) and state information chief Datuk Hamdi Abu Bakar, Wong said:

“We want to know what laws were used in making the appointments, the rationale and purpose of the appointments, what wages, allowances and others would these appointees receive, and what are the benefits of their appointments.”

Wong added that while the committee was not out to point fingers at who was right or wrong in this constitutional crisis, it needed to ensure that public funds were not put into the wrong hands.

We will not question who is right and wrong in this matter.

“As a committee formed under Standing Order 70, the PAC has the responsibility of ensuring that all funds paid during this crisis is fair and in accordance to laws and procedures,” he told reporters in a press conference at the State Secretariat here yesterday.

“We will seek an explanation from all parties before we decide on our next course of action,” he said.

Wong said that the PAC may also summon State Legal Advisor Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and State Financial Officer Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad to attend the inquiry.

Wong said the PAC would make recommendations to the state financial department and the state assembly.

“They have an obligation to consider our recommendations,” he said.

The PAC has seven members, with five from PR and two from BN.


kah..kah..kah....wang haram ke?

Samy Vellu in the case of the missing files and government funds


By Baradan Kuppusamy

KUALA LUMPUR, Feb 28 — The murky financial dealings of MIC were laid bare today after a one-time loyalist implicated Datuk Seri S. Samy Vellu in mismanagement of party funds and misappropriation of government money.

P. Chitrakala Vasu, who is at the centre of a raging row with Samy Vellu over the MIED financial fiasco, alleged today that up to RM2 million raised for tsunami victims in 2004 was transferred from government accounts to a party foundation controlled by the MIC president.

She also alleged that lorry-loads of files were removed from the office of MIED, MIC's education arm of which she was once the chief executive.

MIED had raised millions of ringgit from the Indian community, in addition to receiving about RM300 million from government sources and a loan of RM220 million from Bank Pembangunan Malaysia, which is outstanding, for the construction of the AIMST university in Kedah.

Today, Chitrakala made public two reports she made earlier in the morning in Shah Alam urging police to probe the whereabouts of the MIED files and also RM2 million in donations collected in 2004 for tsunami victims in Sri Lanka.

In her report, she claimed the RM2 million was deposited from the Works Ministry into the account of the Yayasan Pemulihan Social (YPS) of which Samy Vellu is chairman and Chitrakala the CEO. Samy Vellu was then the works minister.

“Some time in February 2008 (just before the March 8 election) Samy Vellu telephoned me and informed me that the Works Ministry Treasury would transfer RM2 million into the YPS account and asked me to place the money in fixed deposit,” she said in the report.

“He told me this money was for the people of Sri Lanka but since it was not used he was transferring to YSS for later use,” she said.

"The money was put in a CIMB fixed deposit account and was still there when I left on Jan 2, 2009,” she said in the report, adding that she was making the report to prevent Samy Vellu from using the money for any other “unauthorised purpose”.

She also fears she might be blamed if the money when “missing”.

In the second report, she urged police to investigate “missing” MIED files and gave details of a heated confrontation she had with Samy Vellu in his office on Dec 31, 2008 in the presence of MIC vice-presidents Datuk S. Veerasingham and Datuk S. Sothinathan.

“A heated argument broke out after Samy Vellu made baseless accusations and I told him I will see him in court but he replied court is not the place,” she said in the second report.

In the report, she said Samy Vellu allegedly told her that he would "make sure the police arrest and embarrass you”.

“Soon thereafter I was slammed with five show-cause letters and more followed after this,” she said.

“After I left on Jan 1 without even taking my personal belongings I learned lorries were used to remove files from the MIED office and taken to an undisclosed location on orders of Samy Vellu,” she said in the report.

At the press conference, Chitrakala said the police must investigate how so many files had gone missing and why she is being blamed for it.

“What secrets these files hide?” she asked.

“This is only the first part… there is more coming,” a defiant Chitrakala told a press conference at a restaurant here today.

“I was followed, photographed, harassed and threatened in the days leading to this press conference,” said a visibly angry Chitrakala, 38, who is married with four children.

Even major newspapers considered close to Samy Vellu were not invited to the event for fear the news would be leaked and she could be waylaid or the press conference somehow scuttled.

“He pushed me to the wall, he asked for this (revelations). I worked hard for him and protected him for 14 years but in the end he came after me and pushed me to the wall,” Chitrakala told The Malaysian Insider before the press conference.

“I am not afraid of him… I know the truth behind him,” she said, adding all the accusations Samy Vellu had made against her over the missing MIED files and for involvement in corrupt deals were false and designed to shatter her.

“He has to answer not me,” Chitrakala said, breaking down in tears at how she and her family now feared for their lives.

“He is powerful, he is big… we are nothing. But we have the truth, the people behind us. That’s why I am going public. The people have a right to know,” she said.

Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi


FEB 28 — Nampaknya kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi telah dilihat sebagai mahu bekerjasama dengan Umno. Padahal apa yang dicadangkan oleh beliau untuk semua pihak di negara dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan politik sekarang.

Cadangan ini jauh sekali berbeza dengan cadangan Mac 2008 lalu iaitu muzakarah Pas-Umno. Ini kerana cadangan ini bakal melibatkan semua parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam Barisan Nasional. Ia bukan kerjasama antara Pas dengan Umno semata.

Inilah mesej yang saya sendiri dapat apabila saya turut terlibat dalam wawancara antara Saudara Adib Zalkapli dari The Malaysian Insider, saya dari Siasah dan juga Nazri Abdullah dari Tvpas.com. Wawancara ini berlaku pada jam 2.30 petang di Tingkat 14, Bangunan Parlimen Selasa lepas. Untuk kepentingan ketiga-tiga pihak yang mewawancara ini, kami berjanji ia akan diterbitkan serentak iaitu hari Jumaat semalam.

Sebagai karyawan dari Siasah, saya yang mula memberikan soalan. Soalan saya pula berdasarkan apa yang kami fikirkan di Siasah dan apa yang telah kami buat di Siasah.

Siasah, sebelum ini telah menyiarkan dua kali berturut-turut cadangan kami agar ahli-ahli politik di negara ini samada dari PR atau BN agar melakukan genjatan senjata.

Untuk edisi pertama, kami cadangkan agar pilihan raya dua bukit nanti dijadikan mahkamah rakyat. Keputusan pilihan raya ini hendaklah dipatuhi oleh BN dan PR.

Jika Pas menang di Bukit Gantang, BN kena terima hakikat rakyat Perak mahukan Pas memimpin negeri itu. Datuk Dr Zambry Kadir kena serahkan balik kerajaan Perak kepada PR. Jika BN menang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin secara baik serahkan kerajaan Perak kepada BN. Tarikh balik saman ke mahkamah dan patuhi kehendak rakyat Perak itu.

Dalam keluaran berikutnya, di muka depannya kami laporkan semua sokong politik damai. Kami tinjau pendapat pelbagai pihak dan kebanyakan mereka bersetuju dengannya.

Kenapa kami lakukan ini? Kerana, kami sendiri sebagai karyawan di akhbar politik sudah letih dengan apa yang ada. Kami setuju nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin agar media fokuskan kepada ekonomi yang bakal gawat dan kurangkan cerita politik.

Bagi kami, cerita politik akan kurang kalau ahli politik memberikan fokus kepada ekonomi yang bakal gawat. Kurangkan aktiviti politik yang bagi kami sudah terlebih dan melampau sekarang.

Dalam masa yang sama, kami mendapat maklumat, isu ini turut dibincangkan di kalangan pemimpin politik termasuk dalam Pas dan PKR. Yang kami tak tahu pandangan pemimpin DAP dan Umno sahaja.

Pemimpin Pas dan PKR kami difahamkan bersetuju agar satu genjatan senjata dibuat untuk membolehkan semua pihak dapat memberikan fokus kepada ekonomi yang bakal meleset. Mereka akan memberikan tumpuan kepada lima negeri yang mereka perintah. BN pula tumpukan negeri yang mereka perintah dan kerajaan pusat. Namun ini tidak boleh dibuat kerana ketegangan politik ini.

Di kalangan Pas, kami difahamkan tidak berbangkit lagi yang tidak sokong idea ini kumpulan Erdogan kerana mereka juga setuju dengan politik damai ini. Kita akan bertembung lagi dalam pilihan raya ke 13 nanti. Buat masa sekarang mari kita berikan masa dan minda kita untuk hadapi masalah yang bakal dihadapi rakyat.

Atas dasar inilah, saya secara peribadi bertanyakan soalan kepada Presiden Pas itu. Maka, jawapan yang kami terima adalah beliau cadangkan politik damai atau bentuk kerajaan perpaduan ala Habibie di Indonesia lalu.

Dalam kerajaan itu, semua berada di dalamnya. BN, PR dan parti-parti dalam kedua-dua komponen ini. Masing-masing mendapat peranan berdasarkan kekuatan masing-masing samada dalam DUN atau Parlimen.

Ketika itu, semua akan memberikan fokus kepada usaha untuk kepentingan yang dipersetujui bersama iaitu menghadapi masalah ekonomi, rasuah serta perpaduan, kata Abdul Hadi.

Oleh itu tidak berbangkit soal Abdul Hadi mahu bersama dengan Umno kerana ketuanan Melayu dan seumpamanya. Ia adalah untuk kepentngan negara dan rakyat.

Mungkin kerajaan perpaduan ini tidak dapat bertahan lama. Mungkin dua tahun sahaja sebagaiman di Indonesia zaman Habibie dahulu. Tetapi kena ingat, kesannya besar kepada negara Indonesia itu. Hingga kini, masalah demokrasi, melawan rasuah dan ekonomi sangat jelas arahnya.

Selepas itu, apabila datang pilihan raya ke 13, semua parti-parti politik ini akan bertembung kembali. Kita bentuk kerjasama sebagaimana pra 2008 lalu dan kembali membentuk kerajaan baru selepas itu.

Inilah ideanya, apa yang saya faham dari wawancara dengan Abdul Hadi Awang itu. Jadi jangan berfikir yang bukan-bukan kerana saya adalah antara penentang muzakarah Pas-Umno 2008 lalu.

najib bercakap soal kapitalis?

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem kapitalis yang terlalu mementingkan peranan pasaran bebas untuk meraih kekayaan besar telah membawa kepada krisis ekonomi global yang begitu meruncing.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, sistem yang tiada pengawasan dan terlalu bebas hingga membiarkan pasaran menentukan segala-galanya ternyata tidak boleh membawa keuntungan dan kesejahteraan secara mampan.

"Salah satu daripada pengajaran daripada krisis ini ialah bahawa kita perlu ada pemikiran baru dari segi ideologi, kefahaman mengenai apakah sistem yang terbaik yang boleh menentukan kesejahteraan kita secara berterusan.

"Saya bukan nak katakan pasaran terbuka tidak baik, saya tak katakan sistem kapitalis itu amat buruk, tetapi kalaulah tidak ada pengawasan sama sekali, sistem kapitalis terbuka tanpa pengawasan boleh membawa kemudaratan kepada dunia," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, hari ini.

Najib berkata, kegagalan sistem kapitalis terbuka juga telah memberi pengajaran dari sudut nilai di mana manusia hanya mengikut hawa nafsu untuk mengaut keuntungan semaksimum mungkin tanpa memikirkan implikasi daripada tindakan tersebut.

"Sistem kapitalis terbuka berasaskan kepada suatu premis bahawa manusia itu baik, manusia itu ada rasa atau pertimbangan yang menentukan bahawa tidak ada perbuatan yang keterlaluan boleh mengawal hawa nafsunya untuk mengaut keuntungan semaksimum mungkin, tanpa melihat bahawa mengejar keuntungan berlebihan tanpa hadnya, rupa-rupanya boleh membawa kesan yang buruk kepada mereka dan juga kepada masyarakat dunia," katanya.

Najib berkata, krisis ini berlaku kerana ketua eksekutif bank di Amerika Syarikat hendak mengaut keuntungan dari segi bonus bernilai berjuta-juta setiap tahun.

"Lagi banyak dia bagi pinjaman lagi besar bonus tahunannya, sehinggakan di Amerika Syarikat orang yang tak mampu bayar balik pinjaman dapat pinjaman bank. Akhirnya ia membawa kepada keruntuhan sistem ekonomi seluruh dunia," katanya.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata institusi pengajian tinggi tempatan kini bukan sekadar mengajar mata pelajaran atau bidang pengkhususan semata-mata, sebaliknya membentuk manusia yang mempunyai sistem nilainya.

"Kalaulah manusia yang kita jana melalui universiti ini, kalau produknya ialah manusia yang ada kelulusan akademiknya tetapi tidak kita didik nilai yang baik, maka manusia itu dengan kelulusan yang tinggi pun akhirnya boleh membawa kepada kesan seperti mana yang kita lihat hari ini.

Najib berkata, adalah amat penting bagi institusi pengajian tinggi untuk membentuk nilai yang baik tanpa hanya memfokuskan kepada nilai akademik semata-mata.

"Orang yang benar-benar terdidik inilah yang kita kehendaki untuk menggerakkan negara menghadapi dan menangani cabaran lebih besar yang menanti," katanya. - Bernama

geli tekak aku!

tindakan yang lembab oleh kerajaan

Kegawatan dijangka berlarutan hingga 2010: Nor Mohamed


PULAU PINANG: Kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia dijangka dirasai Malaysia sehingga 2010, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang begitu terbuka dalam perdagangan, Malaysia kini berada dalam zon tidak selesa dan kerajaan akan mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan dari kegawatan itu.

"Tiap-tiap hari kita dengar jumlah pemberhentian pekerja semakin meningkat, syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrap juga meningkat seolah-olah kegawatan yang melanda dunia ini tiada penghujungnya.


"Kegawatan dunia sudah semakin mencabar dan kita nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan berkenaan tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka berlarutan sehingga tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kewangan Mikro Bandar cawangan Georgetown di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nor Mohamed berkata Kementerian Kewangan sedang mengumpul maklumat dengan berjumpa dan bermesyuarat dengan semua pihak, termasuk swasta, untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, juga sedang bekerja keras mengumpul maklumat itu bagi memastikan bajet mini yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini adalah menyeluruh dan menyentuh semua bidang yang penting.

Kerajaan perlu tarik semula kebenaran guna perkataan 'ALLAH'

KEPALA BATAS 28 Feb. — Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan ’Allah’ dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.

Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan “Allah” bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.

Perintah tersebut berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ’Allah’, ’Kaabah’, ’Baitullah’ dan ’Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.

“Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim,” kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini.

Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.

— BERNAMA

mungkin ahmad sain perlu sekor lagi lembu?

MIRI 28 Feb. — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini bahawa terdapat bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata beliau tidak akan gentar dengan sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil pembangkang.

“Kami perlu berpegang teguh dengan apa yang kami lakukan. (Sebagai kakitangan awam) Kami melakukan perkara yang betul. Tapi saya (juga) mengalu-alukan sebarang komen negatif atau (dakwaan) salah laku.

“Kita mesti berkerjasama untuk menentang rasuah,” katanya kepada pemberita selepas program latihan menembak antara SPRM dan Agensi Pencegahan Rasuah Brunei (BMR) di lapang sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) di Km 29 Jalan Miri-Bintulu di sini hari ini.

Minggu lepas, Ahmad Said dilapor membuat kenyataan SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Khalid dalam kes penyenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban untuk kawasan Parlimen Khalid iaitu Bandar Tun Razak.

Kenyataan yang dibuat di Pulau Pinang itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk pengerusi DAP Karpal Singh, yang mempersoalkan motif Ahmad Said mengumumkan hasil siasatan itu.

Sementara itu, Ahmad Said memberi jaminan SPRM bersedia untuk memantau tiga pilihan raya kecil yang bakal diadakan iaitu kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dewan Udangan Negeri (DUN) Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak).

Mengenai latihan bersama antara SPRM dan BMR, beliau berkata ia adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan antara dua badan itu untuk meningkatkan keupayaan kakitangan mereka dalam mengendalikan senjata api.

Pengarah BMR Pengiran Kasmirhan Pengiran Haji Tahir berkata acara itu juga memberi peluang kepada mereka dan SPRM untuk membincangkan risikan bersama dan meningkatkan rangkaian kerjasama dalam mencegah rasuah, terutama di sempadan Malaysia-Brunei.

— BERNAMA


mat..anak pa khabar? hang rotan tak dia? wat malu bapak je kan???

samy yang tidak bersih? semua akan terbobgkar!

CEO MIED ancam saman, dedah rahsia politik Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIED, sayap pendidikan MIC, hari ini memberi kata dua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri S. Samy Vellu selain membongkar rahsia urus niaga dan politik Presiden MIC itu.

MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.

"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media di sini hari ini.

Ia merupakan sidang media pertama beliau sejak isu tersebut muncul kira-kira tiga bulan lalu.


Samy enggan berdebat dengan Timbalan Ketua Pulau Pinang

Chitrakala mengetuai MIED sejak 15 tahun lalu. Beliau bercuti daripada jawatan itu bermula awal bulan lalu.

"MIED telah berkembang maju dengan baik di bawah pengurusan saya dan kini bernilai RM1 bilion... ia adalah milik MIC dan masyarakat India," kata beliau sambil menambah, ia bukan badan bebas sebagaimana dikatakan oleh Samy Vellu baru-baru ini.

Hari ini beliau membuat dua laporan polis di Balai Polis Subang, antara lain mendakwa beberapa trak telah digunakan untuk mengangkut fail selepas beliau mula bercuti pada 2 Januari lalu.

Samy Vellu baru-baru ini berkata, sejumlah fail dan kira-kira RM5 juta hilang daripada akaun MIED.

Malah beliau juga mendakwa wujdu penyelewengan dalam menawarkan kontrak pembinaan AIMST.

Laporan minggu lalu menyebut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat MIED.

Keduad-au pihak berkeaan telah memulakan siasatan ke atas pembinaan dan penyelenggaran AIMST selepas anggaran kos awal universiti itu melonjak dari RM230 juta kepada RM500 juta di akhir tempoh pembinaan awal tahun lalu.

AIMST, yang terletak di Semeling, Kedah, mula dibuka 18 bulan lalu sebagai hasrat MIC memiliki dan menguruskan sebuah universiti.

Penubuhan AIMST, yang diilhamkan oleh Samy Vellu, dibina atas sumbangan ikhlas orang ramai, derma dan pungutan dari setiap cawangan MIC di negara ini.

Pada Disember lalu, Tan Sri M. Mahalingam, salah seorang penandatangan cek MIED, disingkirkan sebagai Bendahari Agung MIC oleh Samy Velu, yang memberi alasan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula parti.

Sejak kontroversi itu timbul, Samy Vellu juga telah meminta Chitrakala mengambil cuti dan diberi beberapa surat tunjuk sebab.

Laporan media juga menyebut berlaku beberapa penyalahgunaan dalam pemberian kontrak khususnya membabitkan kerja-kerja landskap dan perkhidmatan keselamatan di AIMST.

Bulan lepas, Naib Presiden MIC dan Pengarah MIED, Datuk S. Sothinathan membuat dua laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul di sini mengenai kehilangan fail MIED.

Lporan itu mendakwa fail berkaitan kontrak AIMST telah didapati hilang dari ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh di sini.

Minggu lepas, seorang bekas ahli MIC telah membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan menyatakan beliau telah menyerahkan bukti mengenai dakwaan salah urus dalam pemberian kontrak pembinaan AIMST.

Beliau juga mendakwa beberapa ahli politik telah memberi kontrak kepada rakan mereka tanpa melalui proses tender. mstar

apabila najib dan macha bercakap pasal perlembagaan

Sidang tergempar Perak: Tindakan Speaker canggah Perlembagaan

TAIPING: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar Selasa ini adalah satu tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, kata Menteri Besarnya, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, Speaker DUN tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

Katanya, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

Selain bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak awal bulan ini berkata, keputusan Sivakumar juga bercanggah dengan undang-undang dan peraturan DUN.

Sehubungan itu tegas beliau, Sivakumar hanya bertindak sebagai demi kepentingan partinya.

Sebaliknya jelas Zambry, Speaker itu seharusnya bertindak secara objektif kerana beliau sewajarnya mengetahui akan peraturan DUN.

Kemungkinan selepas ini, kata beliau, Sivakumar akan melakukan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Zambry menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional di Dewan Melor, Changkat Jering di sini hari ini.

Changkat Jering merupakan salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, yang menyaksikan pilihan raya kecil awal April.


Tidak sah, BN Perak persoal Speaker panggil sidang DUN

URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK


Semalam, V. Sivakumar berkata, beliau akan memanggil sidang tergempar DUN Selasa ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Usul pertama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Menurut Sivakumar, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua ADUN bagi menghadiri sidang tersebut.

Mengenai penjelasan Sivakumar bahawa keputusan memanggil sidang tergempar tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Zambry menolak tanggap sedemikian.

Tegas beliau, undang-undang negeri dengan jelas menyebut bahawa apa jua sidang DUN memerlukan perkenan Sultan Perak.

Zambry berkata, Sivakumar seharusnya membaca Peraturan 36 dan peruntukan lain Perintah Tetap DUN, bukannya membuat tafsiran mengikut kehendaknya.

Tambah beliau, keputusan itu menunjukkan Sivakumar mahu mengatasi kuasa Sultan.

"Dahulu nampaknya, Singh the King, tetapi kini Siva the King," katanya.

Ketika ditanya sama ada akan memfailkan perintah injuksi bagi menghalang sidang tergempar itu, Zambry memberitahu, ia tidak diperlukan memandangkan pertemuan minggu depan memang bercanggah dengan perlembagaan.

"Mereka mahu kami menari ikut rentak mereka, tetapi kami tidak akan berbuat demikian.

"Akan ada banyak lagi kejadian selepas ini," katanya.

Oleh itu, Zambry memberitahu, bagi mengadakan sidang DUN yang betul, Sivakumar seharusnya membenarkan penyertaan beliau bersama enam Exco dan tiga ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri pula digantung selama 12 bulan. mstar

umno buat boleh...rakyat buat tak boleh..terima kasih najib!

KAWASAN sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di ibu negara dikawal ketat dengan himpunan Unit Simpanan Persekutuan. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

[DIKEMAS KINI, 7 MALAM] KUALA LUMPUR: Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu, yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pagi tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada salah seorang tahanan ISA, P. Uthayakumar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Sabtu Osman berkata, 17 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram.

Antara ditahan termasuk seorang wanita yang dihantar ke hospital.

Bagaimanapun polis enggan mengulas lanjut mengenainya.

Kesemua mereka dibebaskan kemudian.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang enggan bersurai walaupun diarahkan agar beredar oleh polis beberapa kali.

Terdahulu kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.

Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.

Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.

Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.

Pada awalnya mereka meninggalkan kawasan itu tetapi kembali semula, menyebabkan FRU terpaksa meneruskan tindakan mereka.

Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU, tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.

Menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, polis menahan 17 orang termasuk Manikavasagam.

Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselamatan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

Sekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Katanya, polis tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tetapi bukan secara beramai-ramai.

Polis akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka membuat laporan polis dengan minimum tiga orang.

KOMEN ANWAR

Dalam pada itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal dengan tindakan polis menahan Ahli Parlimen Kapar.

"Beliau hanya datang untuk membuat laporan kerana merasakan berlaku ketidakadilan kepada rakan di Kamunting dan ditahan kerana menyebabkan kesesakan di kawasan itu (Brickfields).

"Mereka (polis) boleh jaga lalu lintas... pada hal sebelum ini, saya pernah melihat perhimpunan Umno di Pulau Pinang, polis menjaga kesesakan lalu lintas dan tiada yang ditahan," katanya.

DAP persoal kegagalan polis lindungi Karpal


PULAU PINANG: Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng mempersoalkan kegagalan pihak polis melindungi Karpal Singh ketika Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikerumuni oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno di perkarangan Parlimen Khamis lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, kumpulan itu telah menghalang pengerusi DAP itu dari memasuki Dewan Rakyat dan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

"Insiden itu berlaku di luar Parlimen dan polis harus mengambil tindakan bagi menghalang kumpulan Umno itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk memasuki atau campur tangan di Parlimen.

"Dalam kes ini, polis telah gagal dalam tugas mereka untuk melindungi rakyat," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Beliau menghargai Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang meminta maaf atas kejadian itu dan berpendapat Pemuda Umno juga harus berbuat demikian.

Dalam kejadian kirakira pukul 2.45 petang itu, perkarangan Bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan individu berhimpun dan menuntut Karpal memohon maaf atas kenyataannya yang memaki Permuda Umno sebagai celaka dalam sidang Dewan Rakyat. BERNAMA

samy yang penakut!

Samy enggan berdebat dengan Timbalan Ketua Pulau Pinang

IPOH: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy supaya memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Rumah Hijau di Mak Mandin, Butterworth, dan tidak membuang masa dengan mengajaknya untuk berdebat.

Katanya, Ramasamy, ahli Parlimen Batu Kawan, perlu membuktikan kepada masyarakat India bahawa dia telah membawa perubahan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam manifesto pada pilihan raya umum lepas.

"Biar dia (Ramasamy) buktikan kepada masyarakat India bahawa dia telah melakukan banyak perubahan... biar saya lihat senarai pencapaiannya, jika benar, kita boleh berdebat," kata Samy Vellu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Ramasamy kepadanya untuk berdebat terhadap sumbangan beliau kepada pembangunan masyarakat kaum India di negara ini.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik Ramasamy sebagai berkata bahawa debat itu patut diadakan sebelum pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April depan.

"Saya tidak berdebat dengan orang yang kosong... permintaan saya hanyalah... jangan buang masa anda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kampung Simee, di sini.

Menurutnya, berdebat bukanlah jawapan kepada masalah yang dihadapi kaum India di negara ini selama ini. BERNAMA

Mac dan harapan rakyat - tok iskandar


tok iskandar has left a new comment on your post "(*) Bloggers@HOT - politik dalam kelambu hampir te...":

Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang.Asyik-asyik kena serang je,eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.

Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka,pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa.MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot.KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam.MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak,Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya.
Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis.Senanghatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambahbaikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib,bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO.Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.

Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal.Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%.
Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%.Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini.Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor.Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS,PKR,NGO-NGO seperti Gapena,PIBG,tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.

Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS,NUTP dan MTUC.Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP.Pada 7 Mac,jika kita benar-benar menyokong GMP,marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo,siap bawa budak-budak sekolah lagi.Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak.Jangan lupa CEO TNB,Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara.Sipa bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.

Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan.Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah.Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib,TPM @ Menteri Kewangan.

Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini.Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog.Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah.Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu.Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu.Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.Korang sekarang dah kamceng dengan polis,eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis.Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing,baghal atau keldai yang dihantar di balai polis.Baghal@keldai@kambing tu pulak ada tulis nama PDRM.Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.

Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak.Eloklah macam tu.Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak.lepas tu MB haram zombie boleh pencen.Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya.Bab ni tok musykil sikit.

Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan,Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru.Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya.Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu,buatlah khidmat komuniti bersama-sama.Semua ADUN PKR,PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.

Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said,MP Kuala Krau sebagai orang kanannya.Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir.Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib.Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya.SPRM siasat ke tidak perkara ini.

Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP.Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan.Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri.Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri.Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.


Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib,Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau,Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya.Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.

Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria.orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid,seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor,Datuk Razali Ibrahim.Ketua Pemuda WP,Perak,Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.

Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR.Kalau malu,korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan,ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.

Jika Pak Lah berundur sekarang,masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir.Masa depan anaknya,Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir.Scomi akan jadi maggi mi.Pak Lah juga yang gigit jari.Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said,Hishamudin,Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin. Kita sama-sama tunggu dan lihat.(source:al-Banjari Online)

Anwar selar penangkapan penyokong Uthaya

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

anwar ibrahim special briefing 280209“Manikavasagam tampil membuat laporan kepada polis berhubung kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap pemimpin Hindraf itu.

“Tidak perlu tangkap beliau. Kalau kata beliau mengganggu lalulintas, saya lihat demonstrasi Umno di Pulau Pinang, trafik dikawal di seluruh kawasan,” kata Anwar selepas menyampaikan ucapan khas “Amanat Harapan Rakyat” kepada wakil rakyat dan pemimpin PKR di Shah Alam petang ini.

“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu.

Pagi tadi, polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonAhli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, selain Manikavasagam, polis menahan 17 orang lagi.

Sementara itu, berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin, beliau berkata, “PKR akan menyerang habis-habisan” dalam tiga pilihanraya kecil yang akan datang – Bukit Gantang, Perak; Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Pilihanraya kecil

Anwar juga dilihat cuba mengambil hati pengundi Sarawak dengan berkata akan mengambil berat isu tanah adat yang disifatkannya sebagai “bukan isu Sarawak, tetapi isu nasional”.

Beliau juga yakin, penangguhan kenaikan harga tol yang diumumkan kerajaan semalam dan kaitan dengan pilihanrya kecil yang bakal berlangsung April ini.

“Lepas pilihanraya kecil Batang Ai, percayalah tol akan naik semula macam (harga) minyak naik mendadak selepas (pilihanraya umum) 8 Mac dahulu,” katanya.

anwar ibrahim special briefing 280209 crowdMenyentuh soal memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya, Anwar menegur sikap ahli partinya yang mengambil kesempatan terhadap kemenangan besar Pakatan dalam pilihanraya umum lalu dengan meminta jawatan pangkat dan jawatan.

Selain itu, menyentuh krisis perlembagaan di Perak, Anwar mengakui Pakatan “berada di persimpangan jalan”.

Katanya, isu raja-raja Melayu “perlu ditangani dengan sikap serhana, berhikmah tetapi tegas”.

“Dalam konteks ini, tiga sikap terhadap raja perlu dibentangkan: Pertama, sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli; Kedua, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa. Di antara keduanya adalah Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.”

Foto intim Eli: Editor Malay Mail letak jawatan

Editor lamanweb Malay Mail, U-En Ng telah meletak jawatan ekoran laporan akhbar berkenaan berhubung kontroversi pendedahan gambar intim ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Ng mengumumkan keputusannya meletak jawatan dalam forum bertajuk 'Privasi: Adalah ia wujud di Malaysia? Tiba masa untuk digubal undang-undang?' anjuran Majlis Peguam semalam.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini, Ng yang menjadi salah seorang ahli panel di forum tersebut, berkata laporan mengenai gambar intim Elizabeth gagal untuk menyatakan kebenaran dan sebaliknya telah menimbulkan lebih banyak masalah.

Soal prinsip


Beliau menegaskan bahawa pihak media mesti mengamalkan selia-diri dan mengelak melaporkan berita yang menceroboh privasi peribadi.

Oleh itu, Ng berkata, keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah kerana soal prinsip.

Bagaimanapun, Ng bersetuju bahawa menceroboh privasi demi kepentingan awam mungkin ada masanya boleh diterima, seperti dalam kes pegawai kerajaan menerima rasuah di rumah mereka sendiri.

Malay Mail adalah antara dua media yang pertama menyiarkan berita mengenai gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum pada 16 Februari lalu

Surat layang: MB Kedah minta Pemuda Umno lebih profesional

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pergerakan Pemuda Umno perlu lebih profesional dalam berhadapan dengan isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata perkara tersebut amat mendukacitakan kerana tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya.

"Mungkin dia (Pemuda) yang buat surat itu sendiri dan lagipun ramai pihak dah terima surat layang, tapi saya tak faham kenapa yang di Kedah nih yang depa (mereka) heboh sangat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Dialog Industri dan Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional,
peringkat negeri di Alor Star hari ini, lapor Bernama.

Sementara itu, Anggota Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira jam 9 malam tadi berhubung isu berkenaan.

Amiruddin yang bertindak sebagai wakil kerajaan negeri, berkata tindakan itu diambil supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat yang mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahya 23 Februari lalu.

Sidang tergempar DUN Perak boleh diadakan, Najib beri kenyataan bercanggah.


Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah.

Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.

Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.

Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.

BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya. cina islam

CERAMAH AGUNG PPSMI 6 MAC


Tarikh: Jumaat 6 Mac 2008

Tempat: Markas Tarbiah PAS Tmn. Melewar

Waktu: 9.30 malam

Penceramah:

Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Hj. Mohamad Sabu

Dato' Dr. Hassan Ahmad

SN Dato' A. Samad Said

Prof. Dr. Shaharil Mohd. Zain

Lain-lain tokoh yang akan hadir:

SN Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh

Dato' Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim

Prof. Dr. Awang Sariyan

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Abas

Dato' Prof. Dr. Anuar Ridhwan

Dato' Baha Zain

Hj. Ahmad Subky Latif

Azizi Hj. Abdullah

Ustaz Hassan Shukri

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Dinsman

Hasni Abas

Pn. Ainon Mohd.

MB Kedah minta pengilang elak buang pekerja



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, meminta pengilang dan pelabur memikirkan kaedah terbaik untuk menangani masalah pemberhentian pekerja dalam situasi ekonomi yang dijangka semakin buruk.

Bercakap kepada pihak industri di sini hari ini, beliau berkata majikan seharusnya lebih memahami dan mengambil kira beban setiap pekerja ditengah-tengah krisis yang sedang berlaku, terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.

"Saya amat berharap pihak pengilang dan pelabur dapat mencari kaedah terbaik untuk menangani isu ini dan menjadikan langkah pemberhentian pekerja sebagai jalan penyelesaian terakhir," katanya pada Majlis Dialog Industridan Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, peringkat negeri.


Azizan turut menyarankan pakej ransangan ekonomi yang lebih menyeluruh diguna pakai bagi menangani serta merangsang kembali sektor asas dalam ekonomi, dan tidak hanya menumpukan kepada sektor tertentu sahaja.

"Ini berikutan kajian Persatuan Pengilang Persekutuan yang mendapati situasi ekonomi nasional akan bertambah buruk untuk tempoh enam hingga ke 12 bulan akan datang, di mana sektor asas seperti elektrik dan elektronik, kimia, plastik dan produk berasaskan petroleum akan mengalami kesan yang ketara," katanya. - Bernama

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco perjelas penggunaan wang negeri



IPOH: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) memanggil Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, serta barisan Exco masing-masing untuk memberi penjelasan berhubung penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Mereka dikehendaki memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan Khamis ini pada jam 4 petang dan PAC boleh mengenakan arahan waran tangkap jika mereka enggan hadir.

Tambah satu lagi.. penipu pula...



Jika mereka sendiri dah menunjukkan mereka adalah kumpulan yang melakukan perbuatan celaka yang mengundang kecelakaan kepada diri sendiri dan negara, kemudian ditegur oleh Yang Dipetua Dewan Negara sebagai kumpulan yang bodoh, kini untuk melepaskan diri mereka sanggup menjadi penipu pula.

Alkisah...

"Menceritakan kejadian tersebut, Lat berkata, 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri.

Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen."

Itu saja yang ada di dalam tempurung kepala pemuda UMNO yang menyerang Karpal Singh apabila cuba hendak mengelak dari tekanan yang mereka hadapi kini ekoran tindakan mereka sebelum ini yang tidak memikirkan akibat dari perbuatan celaka mereka itu.

Seandainya Jawatankuasa Siasatan Aduan Karpal Singh yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandika Amin Mulia menjalankan siasatannya nanti dan kemudian mengulangtayangkan CCTV yang memaparkan mereka tersadai di situ sekian lama yang hanya menunggu "jamuan" tiba dengan kedatangan Karpal di perkarangan Palimen berkerusi roda, tidakkan nanti mereka ini akan boleh didakwa lagi: untuk kesalahan selanjutnya :memberikan keterangan palsu kepada sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen?

Shahadan kata mereka lagi:

"Kami menghampirinya dan bertanya 'mengapa anda kata Pemuda Umno celaka. Kamu jangan berselindung di sebalik kekebalan bangunan Parlimen."

"Karpal menjawab 'saya malas nak layan kamu, saya nak masuk dewan Parlimen'," kata Lat lagi.

Sementara Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal yang turut hadir semalam berkata, rombongan Pemuda itu mencabar Karpal mengulangi perkataan "Pemuda Umno celaka" di luar dewan Parlimen.

Bagaimanapun, pemimpin kanan DAP itu enggan berbuat demikian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Daripada dialog itu sahaja sudah cukup untuk membuntikan bahawa sang Pemuda lah yang memulakan episod hodoh lagi jelek itu di perkarangan Parlimen tersebut.

Sesuatu perbuatan yang salah tetap salah. Sekalipun ianya cuba dibantu oleh pak-pak mertua dan pak-pak sedara yang terdiri dari mereka yang menguasai media arus perdana. Malah kekayaan berjuta tak mungkin melepaskan perbuatan yang salah untuk menghumban anda ke penjara. Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru.. kata orang tua-tua. Apa tah lagi kalau doa sekalian rakyat yang tak suka dengan perbuatan kamu yang samseng lagi hina.

Paling tidak orang akan menempelak (berdasarkan dialog itu), perangai anak muda UMNO yang tak reti bahasa. Perangai mat rempit dibawa ke tempat yang mulia, hanya kerana perangai sang menantu punya angkara.

Isy anda sudah terpijak najis yang banyak wahai sang menantu. Dan dengan najis itu nanti anda hendak bawa ke majlis perhimpunan dan nak bertanding sebagai Ketua Pemuda. Sedangkan tatkala anda melewati mereka, semua akan segera menutup hidungnya kerana tak tahan baunya yang busuk, jijik lagi hina. Memalukan paduka ayahanda mertua yang bakal bersara.


http://greenboc.blogspot.com/

Polis suraikan penyokong tahanan ISA di IPD Brickfields


KUALA LUMPUR: Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini sebentar tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada tahanan ISA di Kamunting.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

Sekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Katanya, polis tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tetapi bukan secara beramai-ramai.

Polis akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka membuat laporan polis dengan minimum tiga orang.

Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan

(Hrkh) - Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop "benar-benar tak tahu" adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan."

Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku.

November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini.

Sebelum itu, beliau berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu bertentangan dengan laporan Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Malaysia tidak dilindungi dalam suku keempat tahun lalu kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di semua pasaran utama.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang hanya 0.1 peratus sahaja pada suku keempat 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga, yang jelas mencerminkan kesan limpahan keadaan ekonomi global yang kian buruk.

Pengurangan aktiviti pelaburan mendorong kepada pertumbuhan negatif pembentukan modal tetap kasar (-10.2 peratus; suku3: 3.1 peratus) di dalam suku keempat.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka mengekang tekanan bekalan dan permintaan ketara di dalam peningkatan harga domestik.

Trend itu disahkan oleh perangkaan bagi bulan Januari 2009 di mana inflasi berada pada paras 3.9 peratus, kata BNM. -

Sorotan Lengkap Krisis Rampasan Kuasa Di Perak

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada msk di perakexpress.com

Berikut adalah bab terakhir buku '' yang akan terbit tidak lama lagi.


Madah Rumus Dan Khatam


Rumusan


Rampasan kuasa 6 Februari 2009 di negeri Perak adalah jenayah UMNO paling buruk di abad ini. Politik zaman ilmu dan maklumat ini, tidak sepatutnya dicemari dengan aksi zaman batu yang berteraskan perut dan kemaluan semata-mata. Gelagat politik primitif UMNO lebih sesuai dengan zaman pra-sejarah yang tiada perlembagaan dan tiada undang-undang.


Perlembagaan bukan hanya sekadar perkataan yang tertulis di atas kertas atau kulit kambing. Roh perlembagaan itu ialah nilai kemanusiaan di sebalik maksud biasa perkataan dan ayatnya. Tunjang dan tuju semua perlembagaan di dunia ini ialah keadilan. Tertegak keadilan, bernyawalah perlembagaan. Terburai ia, matilah lembaga.


Perlembagaan tidak salah walau apa pun kata dan susunnya. Manusialah yang berdosa kerana menodainya. Sementelah ia dilembagakan oleh manusia, maka memang bestari manusia memporakperandakan binaannya. Perlembagaan negeri Perak dicabul oleh UMNO dari atas ke bawah, di depan dan belakang, lalu cacamarba seluruh alam.


Krisis ini bermula kerana kemahuan UMNO menukar kerajaan, mengambil alih kuasa sebelum sampai masa yang sepatutnya. Demi hajat yang membara maka UMNO tidak kekok mengetuk dan menggoncang tiang-tiang reput di rumah Pakatan Rakyat. Pujuk dan ugut memang kemahiran UMNO sejak azali. Akibatnya bergoncanglah iman, bertukarlah selera. Jamal, Osman dan Hee gugur di medan juang tetapi bukan sebagai perwira. Gugur mereka gugur pengecut bersama kutukan tujuh belas keturunan sampai kiamat.


Sejarah terus berputar mengulang tayang kisah-kisah makar manusia jahat terbilang. Firaun tidak mencengkam bani Israel dengan kekuatan sebatang tubuh dirinya sendiri. Ada Hamman di sebelahnya sebagai pemusnah agung. Ada Qarun di sisinya sebagai pemodal ulung. Begitu juga sekelian penjarah-penjarah besar sepanjang zaman. Terjunjung mereka ke langit bersebab ampuan sempurna sekelian memanda opportunist.


UMNO memiliki segala-galanya. Angguk SPR tak kira masa. Kalau dikata tiga tambah tiga jawabnya lima, SPR tetap angguk asalkan UMNO yang empunya kata. SPRM lambat siang menjunjung titah. Lima ringgit lebih besar daripada tiga juta US Dollar. Rasuah segunung pun tak apa, kalau UMNO si pelakunya. Kalau musuh UMNO, tak rasuah pun, Imran boleh datang untuk memerangkapnya. Agensi keselamatan lebih sudu daripada kuah. Pantang petik pasti melentik. Pakatan Rakyat berkumpul, istilahnya perhimpunan haram. Kalau Khairi Jamaludin kepala himpun, siap escort dan jaga jalan. Juta kali tak reti undang-undang. 50 tahun speaker halal berbuat apa saja asal sifatnya hal ehwal dewan. Putus speaker pada hal rumahtangga dewannya, tiadalah boleh dia dibawa kemana-mana lagi. Itulah perlembagaan. Tapi kalau dah bangsa tekukur, tak sempat periksa, dah muncul di pintu speaker merekod kenyataan. Cis! Nang bo ti nang kui bo ti kui!


Penutup


Krisis yang sudah terjadi ini boleh ditamatkan melalui langkah dan tindakan penuh sedar semua pihak, tentang semua perkara, sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat, yang nyata dan yang sembunyi, Melayu atau bukan Melayu, baik rakyat mahu pun Raja, tak kira bangsawan atau marhein jelata, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, di ceruk kampung atau di bandaraya, tua muda, miskin dan kaya.

Kita mesti kembali kepada realiti. Berpijaklah di bumi nyata. Manusia bukan saja ada minda, tetapi ada jiwa. Oleh itu berhentilah daripada langkah sumbang adu nasib di gelanggang politik dengan berpura-pura. Kalau kita terus sanggup mempermainkan hukum dan peraturan yang kita sendiri berikrar mahu menjunjungnya, maka binasalah nusa.


Sekali jadi Jebat, sekali jadi Tuah, kemudian nanti menjadi Jebat kembali. Sampai bila boleh diharap khalayak rakyat akan terus percaya pada cabang lidah dan taut kelingking? Cukuplah! Terlampau banyak masa terbazir hanya kerana nafsu kuasa yang tak sejauh mana kederat layarannya.


UMNO perlu jujur pada diri sendiri. Janganlah laungan bangsa terus dijaja, cuma sebagai guna mengait sokongan rakyat yang sekian lama hidup terhimpit di bumi kaya. Nyanyian hak dan ketuanan yang dilagukan itu, telah rosak iramanya. Kalau benar bagai dikata, kenapa Pulau Mutiara dan Kota Singa terlepas begitu saja? Apakah Hadi Awang dan Anwar Ibrahim yang menggadai kedua-duanya? Kalau sungguh bagai dikata, kenapa 3 juta tanah Rizab Melayu di detik merdeka, kini telah hilang separuh keluasannya? Melayu manakah yang membiarkannya kalau bukan UMNO? Kalau UMNO bijak bestari, kenapa setelah menyambut jubli emas kemerdekaan, bangsa Melayu tetap di belakang dalam segala-galanya? Kalau UMNO ikhlas mencari Al-Ghazali dan Al-Shafie, kenapa ribuan bayi berdarah terperosok di balik timbunan sampah saban hari? Kenapa ribuan Melayu gazali dan Melayu sapie tersadai di tepi longkang dan di bawah jambatan berbekalkan picagari? Kenapa Melayu SAR dan Melayu pondok pengajian perlu bermusafir ke utara dan ke selatan menghulur resit menagih simpati? Itulah jasa UMNO kepada nusa dan bangsa. Demikianlah gigihnya UMNO memertabatkan Melayu!


Mungkin ilham sindiran karikatur ini keterlaluan, namun maafkanlah pemunya ilham ini. Pasti ada ledakan rasa yang tak tertanggung lagi di lubuk jiwanya. Barangkali hampir berputus asa mengharapkan pemimpin bangsa merobah hala, membetulkan haluan. Ah! Kalau juragan UMNO sudah nyanyuk gila belayar entah ke daratan mana, ayuh kita ikat kakinya dengan seketul tembaga dan humban dia jauh ke dasar samudera. Biar kita yang mendayung dan mengibar layar, agar segera tiba ke pengkalan, tidak kepayang dan tidak lemas.


Nyawa krisis ini ialah nafsu. Tulang dan sendinya ialah pujuk dan ancam. Urat sarafnya ialah rasuah dan umpan. Darah merahnya ialah gamak dan sudi. Gamak melompat, sudi berkelahi. Hidup ia memakan Ifrit dan Azazil. Zahirnya cabul, batinnya bacul.


Penawar paling mujarab untuk menyembuhkan barah ini ialah iman. Kembalilah kepada Zat Yang Maha Adil. Pintu keampunan sentiasa terbuka luas di sisiNya selagi belum terbit sang suria di ufuk barat. Dialah Al-Hadi, Pemberi Petunjuk yang tiada selain daripadaNya. Pohonlah hidayah dan kelapangan jiwa terhebat yang hanya ada di sisiNya. Tiada sesat hamba yang ikhlas memohon petunjuk jalan. Tidak luak kekayaanNya dek rahmat yang dianugerahkan kepada hambaNya.


Dalam riuh bualan derhaka, UMNO seperti terlupa pada ‘derhaka perdana’ yang berlangsung sekian lama. Lima puluh dua tahun Melayu merdeka, setelah terlerai pasung Nasrani empat ratus empat puluh enam tahun, yang bermula dengan cengkaman Benggali Puteh. Lima puluh dua tahun UMNO bersinggahsana. Lima puluh dua tahun itu jugalah Kitab dan Sunnah tidak berdaulat di bumi Melayu.


Hudud jadi sendaan sekian lama. Pondok dan madrasah dipandang serong sentiasa. Politik Islam dipandang kolot dan merbahaya. Melayu yang berusaha membentuk budaya hidup peribadi dan tatacara bermasyarakat dengan acuan Islam di Tanah Rendah Sekebun Bunga, bumi Che’ Siti Wan Kembang, 19 tahun di serang dan dihina oleh UMNO. Salah apa? Jahat benarkah Tok Guru Nik Aziz? Hidup berulam rasuahkah Tok Guru itu? Berpoya-poyakah dia? Tersenaraikah anakandanya sebagai jutawan nombor sepuluh terkaya di Malaysia? Mampukah menantunya membeli saham nilai berjuta-juta seperti kisah ECM Libra? Kunjungilah mahligai Tok Guru di rusuk rumah Allah kampung Pulau Melaka. Lihatlah!


UMNO jangan berdalih berpusing memutar fakta seperti sediakala. Hujah berlendir yang diulangtayang sejak puluhan tahun dulu, usah lagi cuba dijual. Ramai Melayu hari ini bukan sekadar Melayu Glokal yang global dan local, namun telah menjadi Melayu bumi dan langit, Melayu duniawi dan ukhrawi. Anak Melayu hari ini sudah kenal Tuhan walau pun UMNO tidak pernah mengajarkannya. Anak Melayu hari ini mahu hidup sebagai hamba Tuhan dan mati pun sebagai hambaNya. Sebiji bola dan sebidang gelanggang bukan umpan yang sesuai dengan olak air zaman ini. Anak Melayu sudah mual dengan silat tempang bapak Melayu dan datuk Melayu jenis UMNO. Sekilas ikan di air, sudah ku kenal jantan betina.


Pusat Islam bukan hujah. Universiti Islam bukan Hujah. Fakulti Islam bukan hujah. Bank Islam bukan hujah. Perbankan Islam bukan hujah. Masjid bukan hujah. Sekolah agama bukan hujah. Mata pelajaran pendidikan Islam bukan hujah. Tabung Haji bukan hujah. Kalau mahu jadikan semua ini sebagai hujah, UMNO boleh berbual sesama sendiri dalam UMNO. Orang lain tak mahu layan. Buang Masa!


Kenapa? Kerana .... apa ertinya ada Pusat Islam dalam keadaan segala bentuk pusat maksiat diberi laluan semau-maunya? Apa gunanya universiti dan fakulti Islam jika disiplin pengajian yang lain langsung tidak dipimpin supaya mempedulikan Islam pada jiwa dan pada praktiknya? Apa ertinya bank Islam sedangkan riba masih dijunjung sebagai teras ekonomi dan kewangan Negara? Apa maknanya ada masjid jika di dalamnya tersekat pengajian dan majlis ilmu? Apa ertinya terbina madrasah jika muallimnya sentiasa dicurigai sebagai pengganas dan anti-establishment? Apa ertinya Bulan Dakwah sedangkan pemimpin Negara pun bertelanjang ke sana ke mari? Apa gunanya Islam Hadhari sedangkan rasuah subur menjadi-jadi?


Justeru itu, Melayu UMNO patut berlapang dada membuka ruang bicara, meneliti hujah dua hala, mencari butiran mutiara. Melayu yang gemilang di era keemasan Melaka dan kerajaan Kedah tua dulukala adalah Melayu taat agama. Melayu cemerlang tanpa UMNO.


Koyak ini masih boleh ditampung-tampal. Bengkok ini masih boleh diluruskan. Tempang ini masih boleh dipapah melangkah. Senget disokong tumangan. Rebah ditarik bangun. Layu disiram segar. Kabur disuluh. Asal mahu dan diizin Tuhan. InsyaAllah.


DAULAT TUANKU!


Patek sekelian bermohon, timbang tiliklah hendaknya Paduka Tuanku, perkenan dipohon, bubarkanlah Dewan Undangan Negeri. Daulat Tuanku!

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.