Adakah SPRM berlakon dalam kes rasuah Dato Wahid bin Md Don?

Anak Watan

Saya merujuk kepada artikel dalam Malaysia Today pada 29.7.2010, bertajuk SIM GUAN YU, SIM SWEE HUAT DAN DATO WAHID BIN MD DON dan artikel akbar dalam New Straits Times pada 28.7.2010, dimana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah gagal memanggil Encik Sim Guan Yu untuk memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan Dato Wahid.

Encik Sim Guan Yu memainkan peranan penting dalam kes rasuah Dato Wahid Bin Md Don sebagai orang tengah atau orang penghantaran. Beliau merupakan saksi penting dalam kes rasuah Dato Wahid Bin Don dan pihak SPRM sepatutnya mengeluarkan subpoena kepada beliau lebih awal dan memberi peringatan bahawa beliau dikehendaki hadir di mahkamah sebagai saksi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Namun pihak SPRM gagal berbuat demikian. Adakah kecuaian ini disengajakan untuk memberi ruang dan peluang? Encik Sim sentiasa berulang alik ke Malaysia setiap bulan dan sebagai orang pemerhati dan mengikuti kes Dato Wahid Bin Don, kami tidak nampak alasan yang munasabah kenapa pihak SPRM gagal menghubungi beliau. Bagaimana pihak siasatan dan pendakwaan SPRM menjalankan tugas mereka?

Walaupun Encik Sim mempunyai perniagaan di China dan berada di sana ketika ini (kononnya masalah perniagaan), kami percayai pihak SPRM sepatutnya tahu bagaimana cara menghubungi beliau memandangkan beliau merupakan salah seorang saksi penting. Encik Sim Guan Yu mempunyai beberapa syarikat di Malaysia dan juga mempunyai pejabat di Kuala Lumpur. Lagipun sebelum ini, mengikut keterangan saksi Dato Low Mr Sim Guan Yu mempunyai kelulusan khas untuk membuka pejabat perwakilan untuk urusan Visa ke Malaysia di Negara China. Atau pihak SPRM harus menghubungi pihak Pejabat Perwakilan Malaysia di China (Beijing, Shanghai, Kunming atau Guangzhou) memandangkan jenis perniagaan Encik Sim berhubungkait dengan kerja kerja Visa yang dikendalikan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di China. Kami juga difahamkan bahawa Encik Sim Guan Yu mempunyai hubungan yang amat rapat dengan kakitangan kakitangan Wisma Putra di China.

Adalah amat pelik dan boleh menjadi satu tandatanya kerana, Mr Sim juga sebelum ini juga gagal hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2.11.2009 dalam kes wang haram (money laundering). Semua tindakan ini disengajakan oleh Mr Sim Guan Yu. Adakah ini cara terbaik untuk mengelakkan diri dari sebarang tindakan makhamah?

Yang amat menghairankan, kenapa pihak pendakwa raya SPRM tidak memohon kepada mahkamah satu tarikh baru untuk Mr Sim memberi keterangan sekiranya beliau tidak dapat hadir pada hari tersebut (27.7.2010) tetapi yang lucu sekali, sebaliknya pihak Pendakwaraya SPRM memohon untuk mengemukakan keterangan percakapan Mr Sim semasa perbicaraan. Amat Pelik dan janggal “and doesn’t make sense at all“. Itu bukan satu deposisi. Adakah semua ini lakonan sahaja? Adakah seorang Pendakwaraya tidak tahu bahawa keterangan percakapan tidak dapat dikemukakan kepada mahkamah tanpa kehadiran saksi?

Malaysia tidak memerlukan seorang warga Negara asing seperti Mr Sim Guan Yu juga dikenali sebagai "Sim Swee Huat" sebagai satu asset kepada Negara. Sebaliknya Jabatan Imigresen sepatutnya menyenaraihitam nama beliau dan tidak membenarkan beliau masuk (ban entry) ke Malaysia. Kelulusan Khas membenarkan beliau membuka Pejabat Perwakilan (Representative Office) di China dan India mengendalikan projek I-VISA, Malaysia My Second Home dan "outsourcing" harus ditarikbalik. Harap harap agensi agensi Kerjaan berhenti melindungi orang seperti ini.

Jangan termakan oleh wang ringgit. Terpulang kepada pembaca artikel ini untuk memberi pandangan dan komen.

No comments

Powered by Blogger.