Cory Aquino Srikandi Gerakan Demokrasi Asia

SHAH ALAM 1 OGOS - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Presiden Filipina, Cory Aquino sebagai obor yang menyinarkan perjuangan menuntut restorasi demokrasi dinegara beliau.

Anwar berkata rakyat yang hidup dalam negara yang dikuasai rejim zalim dan mereka yang baru menikmati kebebasan daripada belenggu sedemikian semestinya akan mengingati jasa besar srikandi ini terhadap demokrasi di Filipina malah di benua Asia.

"Dalam tempoh yang singkat Cory Aquino muncul dipersada perjuangan panjang menuntut demorasi di Filipina pada 1986 dan menghidupkan kembali perjuangan murni mendiang suaminya.

"Contoh yang ditinggalkan oleh beliau akan diabadikan dalam lipatan sejarah golongan rakyat yang berjuang dan dahagakan kebebasan.

"Kerap kali kita berdepan dengan takdir bahawa yang menanam benih selalunya tidak sempat melihat hasilnya ," kata Anwar dalam perutusannya sempena mengingati setahun kematian Cory Aquino.

Beliau berkata sekiranya Cory Aquino masih hidup sudah tentu bekas Presiden itu akan amat berbangga melihat demokrasi yang di bawanya dahulu kini diwarisi oleh anak beliau, Noynoy Aquino sebagai Presiden baru Filipina.

Noynoy kata Anwar akan terus memantapkan warisan perjuangan tinggalan pejuang kemerdekaan Filipina, Jose Rizal.

"Filipna kurang bernasib baik sebagai sebuah negara kerana terpaksa mengalami cabaran alam semulajadi.

"Bagaimanapun negara ini bertuah kerana dianugerahkan dengan kebangkitan pemimpin pada saat-saat getir sejarahnya demi mempertahan serta menghidupkan semangat kebebasan yang diasaskan oleh Jose Rizal.

"Dalam legasi peninggalan Jose Rizal, Cory Aquino muncul sebagai individu yang menyinar dalam episod sejarah negara ini," ujar Anwar lagi.

Sempena setahun pemergian beliau akibat barah adalah penting mengingati sumbangan besar beliau terhadap gerakan menegakkan demokrasi di Malaysia, tegas Anwar.

Cory Aquino yang merupakan Presiden wanita pertama Filipina meninggal dunia akibat barah usus pada 1 Ogos 2009 pada usia 76 tahun.

Beliau dipilih sebagai Presiden Filipina 1986 setelah mengetuai Revolusi Kuasa Rakyat yang menumbangkan rejim Presiden Ferdinand Marcos.

Beliau melepaskan jawatan setelah tamat tempoh pada 1996 dan diganti oleh Fidel V Ramos.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.