Hishammuddin dibidas persoal kesetiaan MCA

Oleh Clara Chooi dan Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Dua pemimpin kanan MCA hari ini membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.

Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.

“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.

“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.

Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.

“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.

Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, MCA berpendapat bahawa tindakan tegas tidak harus dibuat berdasarkan kaum tetapi berpandukan keperluan dan merit.

“Malaysia tidak boleh lepas daripada realiti globalisasi dan MCA tetap komited dalam usaha untuk meningkatkan daya saing nasional serta produktiviti negara,” katanya.

Ketegangan antara dua parti komponen BN itu berlaku apabila MCA cuba untuk mengembalikan kedudukan komuniti Cina.

Semalam, Hishammuddin mengingatkan MCA agar tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.

Hishammuddin berkata, parti itu tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada apa yang disepakati selama ini.

Katanya, MCA tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

“Umno dulu bila berdepan ancaman dan cabaran PAS, kita buat keputusan dalam ruang politik kita. Jangan melebihi apa yang diperjuangkan PAS dalam sesuatu isu,” katanya.

Perang mulut itu bermula apabila MCA meminta Hishammuddin untuk menggunakan kuasa bagi membatalkan larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam selepas Menteri Dalam Negeri itu mengakui bahawa beliau kesal dengan keputusan tersebut.

Perang kata-kata bermula ketika MCA meminta Hishammuddin untuk menggunakan kuasanya untuk membatalkan larangan itu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan supaya MCA perlu menerima keputusan kerajaan dan tidak lagi mencetuskan pendepatan dalam isu kalimah “Allah”.

Chor berkata BN perlu progresif dan amalan tidak lagi menjadi “perundingan belakang layar”.

“Ketika ada ketidakadilan atau diskriminasi (baik nyata atau tidak) baik dalam pedoman kerajaan, dasar, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa atau undang-undang dipertanyakan, awam mengharapkan MCA bersama-sama dengan parti politik lain untuk berdiri dan berbicara.”

Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.

Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.

Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.

“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan,” katanya lagi.

Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.

“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya.

Sambil menghormati pandangan Hishammuddin, Dr Chua memberitahu, pemimpin Umno itu tidak seharusnya menyalahkan MCA jika beralih daripada objektif dan perjuangan BN.

“Beliau tidak harus menyalahkan kami,” kata beliau sambil menambah, MCA mempunya suara yang berbeza berbanding Hishammuddin dan parti komponen BN yang lain.

Dr Chua mempertahankan pendirian kukuh barisan pemimpin MCA semasa di bawah kepimpinan beliau dan perjuangan parti itu “secara total adalah sesuatu yang munasabah dan sah.”

“MCA akan bekerja dengan keras untuk melaksnakan 13 resolusi yang diluluskan ketika Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu kerana resolusi-resolusi itu hanya berdasarkan bukan sahaja kepentingan komuniti Cina, tetapi juga pembangunan ekonomi negara,” katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.