Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Mahkamah Tinggi pagi ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar digugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful

Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagin ini.

Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.

No comments

Powered by Blogger.