Hudud: PAS mahu dengar pandangan Pemuda Gerakan Kedah
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat menyambut kesediaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang telah memberi persetujuan untuk berbincang dengan sayap muda parti Islam itu berkaitan dengan hukum hudud.
Setiausaha Pemuda PAS pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan Tan dalam masa terdekat, dijangkakan pertemuan tersebut akan berlaku selepas Ramadan ini.
Katanya, sayap pemuda PAS juga ingin mendapatkan gambaran daripada Tan tentang hukum hudud daripada sudut pandangan beliau.
“Dewan Pemuda PAS melihat langkah yang dibuat oleh Tan amat bertepatan sama sekali dan amat wajar dicontohi oleh pemimpin yang masih kabur dan bimbang dengan undang-udang hudud ini,” kata beliau dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pepaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS berkata, mudah-mudahan pertemuan mereka akan mencambah pemikiran dan segala kekeliruan dapat dileraikan.
“Dan, kemudiannya dapat melihat betapa indah dan adilnya hukum yang Allah tetapkan kepada manusia demi menjaga kesucian, keharmonian dan peradaban sesama makhluk ciptaan Allah,” katanya.
Pendirian Tan hadir setelah Dewan Pemuda PAS mengeluarkan satu kenyataan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi mendapatkan penjelasan mengenai hudud.
“Kenyataan beliau mengenai hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sebelum ini telah mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS apabila beliau telah mengulas berkaitan dengan kesediaan untuk mengadakan pertemuan tersebut melalui laman Facebook.
“Sebelum ini, beliau telah menegaskan yang PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada,” katanya.
Antara kenyataan beliau lagi negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak pelaksanaan hukum hudud.
Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina’.
“DPPP menghormati pandangan beliau yang mana DPPP percaya ia telah dikongkong oleh kekurangan ilmu dan maklumat tentang hukum hudud serta ditambah lagi dengan gambaran negatif yang telah dikemukakan oleh pemimpin Umno sebelum daripada ini tentang kononnya undang-undang hudud ini zalim dan sudah tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang,” katanya Khairul Faizi.

No comments
Post a Comment