Najib Tolong Bina, Soi Lek Tolong Musnah!

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan masa hampir empat jam mempengerusikan mesyuarat Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA). Walaupun tanpa meneguk setitik air kerana berpuasa, beliau tetap cergas dan bersemangat membincangkan cara mana untuk menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) dan NKEA dengan lebih berkesan.

Pada yang belum tahu, ada 12 bidang utama yang difokuskan dalam NKEA iaitu terdiri daripada Minyak dan Gas, Sawit dan Produk Berkaitan, Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik, Perkhidmatan Perniagaan, Pertanian, Greater Kuala Lumpur.

Bukan mudah nak berbincang mengenai 12 perkara 'berat' itu, apatah lagi tanpa teh O dan karipap seperti mana dalam mesyuarat kerajaan sebelum-sebelum ini.

Tapi apa yang aku nak nyatakan di sini bukanlah pasal makan dan minum itu, tetapi betapa Najib bersungguh-sungguh sampai nak 'pecah kepala' memikirkan bagaimana mahu memastikan NKEA mencapai matlamat supaya rakyat Malaysia TANPA MENGIRA AGAMA DAN KETURUNAN benar-benar merasai manfaat serta faedah daripada setiap program serta rancangan yang telah digariskan itu.

Tetapi malang sungguh aku rasakan kerana di luar bilik mesyuarat, Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek pula lebih sibuk nak memikirkan bagaimana untuk memajukan KAUM CINANYA SAJA sehingga terpacul kenyataan sanggup berkongsi pentas dengan DAP

Kalau boleh aku nak korang ingat kata-kata Soi Lek ini sampai bila-bila;

MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Bangsat sungguh orang tua kaki romen ni!

Apa yang Soi Lek risau sangat pasal kaumnya sekarang? Adakah Cina di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat teruk dan daif sampai dah tak peduli semangat yang telah Barisan Nasional (BN) amalkan sebelum ini sehingga sanggup nak bersama DAP jahanam itu??

Soi Lek perlu sedar, kerajaan BN selama ini tidak pernah memilih latar belakang sesuatu kaum dalam memberi apa jua bantuan, malah kerajaan sentiasa berlaku adil kepada semua kaum yang memerlukan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan harian mereka

Usaha memberi bantuan kepada semua golongan merupakan teras kerajaan dalam membela masyarakat supaya semua kaum menikmati kehidupan yang baik. Kerajaan juga tidak memilih untuk hanya mendengar masalah daripada kaum-kaum tertentu, tetapi melihat kewajaran sama ada perkara itu dapat diselesaikan atau sebaliknya.

Aku berani kerat jari, BN adalah satu-satunya parti yang mengambil pendekatan menyelesaikan semua masalah, dan ini bertepatan dengan semangat 1Malaysia iaitu berlaku adil kepada semua kaum. Tidak seperti pihak lain yang menjanjikan sesuatu kepada satu kaum manakala kaum lain berkata perkara lain.

Najin sendiri pernah menulis dalam blognya;

" Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami. "

Namun sejauh mana Soi Lek menghayati kata-kata bosnya itu (kalaupun dia menganggap Najib tu boslah kan)

Sebenarnya memperjuangkan masa depan kaum sendiri tidak salah, malah digalakkan kerana setiap orang ada perasaan sayangkan kaum dan keturunannya.

Tetapi Soi Lek juga perlu mengambil kira perjuangan untuk membantu mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan kerana mereka ini ada dalam semua kaum.

Inilah yang Najib perjuangkan selama ini, bukan perjuangan politik sempit dan meloyakan seperti Soi Lek!

Politik Soi Lek lebih cenderung kepada pepatah 'bagi betis nak peha' dan politik 'bagaikan Belanda dapat tanah'.

Setelah menganalisis sikap dan perangai Soi Lek, maka tidak hairanlah dia masih mencari perempuan simpanan untuk memuaskan nafsunya dulu sedangkan dia sendiri sudah mempunyai isteri

Pendek kata, macam mana dia rakus di atas katil, macam tulah dia rakus di atas pentas politik. Buruk sungguh!

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.