Nikah Gantung Dan Gantung Nikah
Oleh Khalid Samad
Pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini. Pemimpin negara masih buntu dengan kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz supaya langkah yang paling selamat ialah kembali kepada hukum yang tercatat didalam Al – Quran.
Mereka menganggap bahawa kenyataan itu hanya berbau politik semata – mata atau ayat yang selalu disebut oleh pemimpin umNO ` politik murahan `.
Teman sesangat bersetuju dengan cadangan Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
Sepatutnya cadangan ini datangnya daripada gerombolan ulama muda yang menyertai umNO baru – baru ini. Nampaknya mereka begitu enak dibuai mimpi – mimpi fardhu ain dan bab toharah sahaja kerana mereka sedar….apa nak disusahkan kerana kerajaan ada menyediakan ` Sekolah Khas Remaja Hamil`….hantarkan sahaja.
Dulunta dalam satu mesyuarat teman dengan Mufti Perak Al – Perpaduan itu…teman bangkitkan dalam isu keruntuhan moral diperhatikan semua tokoh – tokoh agama termasuk beliau sendiri menyalahkan makbapak, makbapak sahaja.
Kata teman lagi sebaik manapun makbapak mendidik anak – anaknya kearah agama dirumah masing – masing….tetapi langkah pertamanya keluar dari pintu rumahnya adalah langkah penguatkuasa ataupun pemerintah. Jika pemerintah menganjurkan kearah maksiat dan dosa, maka rosaklah rakyat.
Ini terbukti pihak kerajaan lah penaja rasmi program – program ini diluar rumah kerana makbapa tadi tiada kuasa untuk menghalangnya kerana saikologi remaja maukan hiburan. Akhirnya Mufti terdiam sahaja….teman faham disana ada kepentingannya.
Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32
Dalam isu Nikah Gantung ini, teman teringat seorang kawan teman yang keluarganya bersetuju melangsungkan perkahwinannya secara ` Nikah Gantung `. Oleh kerana kawan teman seorang yang baik dan kelakuannya pun tidak pernah menyakiti kawan – kawan…tiba – tiba ada seorang pakchik bertitle Ustaz mengusiknya kawan teman dibawah Surau katanya `` apalah yang anta tunggu lagi tu….merayap lee malam – malam… ringan - ringan dulu ke....mak mertua anta bukan perasan ` langsungkan le `. Tak payah tunggu kenduri
Oleh kerana kawan teman ni terlalu baik malah perwatakannya lembut…dia tak tahan dengan usikkan Ustaz ni tadi lalu mengelabah dia semacam ` ngilu ` kan sesuatu. Kami kekawan punya le ` ngekih ` ramai – ramai kepadanya. Terasa kesian juga kami…dengan godaan yang diterimanya.
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Nikah gantung ini boleh selesaikan ketahanan seks seseorang yang bergelar remaja. Bagaimana ketahanan tahap 40 tahun dan 60 tahun keatas sepertimana kata Dato` Fadzilah Kamsah selalu sebut dalam motivasinya iaitu ` tahap merenyang ataupun gatal kali ke 2 dan 3 ` usia seseorang manusia.
Andalah yang menentukan. Tanya iman bukannya tanya selera. Selepas ini kita bincangkan pula isu keruntuhan rumahtangga dan angka penceraian yang terlalu tinggi drafnya dalam negara 1Malaysia ini.

No comments
Post a Comment