Pekerja Bekerja Pada 16 Sept Perlu Diberi Cuti Umum berbayar S Subramaniam

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Pekerja yang bekerja pada 16 Sept iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan Rabu berkata perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini, tarikh 16 Sept adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 Nov 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951.
--BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.