Pengadu Dakwa Saravanan Terlibat Jenayah Terima Ugutan Bunuh
Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Setiausaha KEADILAN Cabang Ipoh Barat, MS Arjunan membut laporan polis berhubung ugutan untuk membunuh beliau dan keluarganya akibat tindakan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan Sabtu lalu.
Arjunan hadir di ibu pejabat polis daerah Brickfields pagi tadi untuk membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh itu yang diterimanya melalui talipon petang semalam.
"Pada 11 Ogos lalu, saya telah membuat laporan polis selepas menerima aduan bertulis daripada ibubapa seorang pelajar perempuan berbangsa India yang belajar di Kolej Tafe Seremban.
"Mereka mendakwa anak perempuan mereka telah diperdaya, dirogol dan telah dipergunakan secara seksual oleh beberapa orang tertentu semasa belajar di Kolej Tafe, Seremban," jelas Arjunan.
Kata beliau, pelajar perempuan itu tidak membuat aduan kerana takut masa depannya terjejas dan ibubapanya yang telah mendapat tahu perkara ini telah mengadu kepadanya atas keyakinan bahawa KEADILAN mampu mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Arjunan menyifatkan pengurusan Kolej Tafe seperti pagar makan padi kerana pengurusan kolej itu sepatutnya menjadi benteng perlindungan kepada pelajar yang tinggal dan belajar di situ.
Beliau mendakwa Kolej Tafe bukan sahaja gagal menjalankan tanggungjawab tetapi didakwa seolah-olah bersubahat dengan aktiviti yang bercanggah dengan akhlak dan moral.
"Panggilan yang saya terima dalam bahasa Tamil itu berbunyi seperti, 'Hey! You jangan main-main dengan Datuk Saravanan! You ingat lagi Joe Fernandez? You tahu apa telah terjadi dengannya? You jaga-jaga!'
"Kita semua tahu Dr Joe Fenandez, ADUN Lunas ditembak mati semasa berhenti di persimpangan pada tahun 2000. Maka, si pemanggil memang berniat untuk melakukan sebegitu jika saya tidak berdiam diri daripada melibatkan Saravanan," tegas beliau lagi.
Arjunan mengesyaki pemanggil mungkin seorang lelaki berbangsa India yang bekerja untuk Saravanan tetapi kesal tindakan polis yang tidak memberikan kerjasama sebaliknya menyalahkan beliau.
Beliau berkata polis sepatutnya mengambil tindakan menyiasat Saravanan selepas menerima aduan daripada orang awam tetapi dalam hal ini bukan sahaja polis menyalahkan beliau tidak bekerjasama malah polis memberitahu Timbalan Menteri itu melakukan jenayah seperti yang didakwa.
"Kita kini dalam era di mana kita boleh mendapat maklumat hanya dengan menekan beberapa butang di komputer. Saya minta polis periksa latar belakang Saravanan dan mulakan siasatan.
"Adakah hanya kerana Saravanan mempunyai perisai iaitu jawatannya sebagai Timbalan Menteri menghalang polis daripada mengambil tindakan?
"Jika polis mahu mengatakan apa yang saya ada hanya satu surat layang, mengapa pula semasa tahun 1998 polis boleh begitu efisyen menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri, hanya berpandukan satu surat layang?" tegas beliau lagi.
Tambah beliau, tindakan polis yang seolah-olah 'memilih bulu' sebelum membuat penyiasatan jelas menunjukkan agenda tersembunyi polis yang berat sebelah.
Sebelum ini, Arjunan telah membuat laporan pertama di Balai Polis Seremban pada 14 Ogos lalu mendakwa Saravanan mempergunakan pelajar perempuan yang belajar di Kolej Tafe untuk memberikan khidmat seks kepada beberapa ahli politik.
Oleh kerana aduan itu berkait rapat dengan Kolej Tafe, maka ia dibuat di Seremban jelas beliau.
Ekoran laporan itu, Arjunan telah dipanggil ke Balai Polis Seremban untuk diambil keterangan di mana beliau telah menyerahkan satu surat pengakuan bersumpah untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis tetapi tidak menyerahkan bukti yang ada dalam simpanan beliau.
"Saya takut jika saya menyerahkan bukti kepada polis, polis akan bertindak memusnahkan bukti dan ini akan membawa akibat buruk terhadap saya dan keluarga pengadu.
"Saya tak faham mengapa polis mahukan bukti ini, patut polislah yang keluar padang mencari bukti. Apa yang saya ada adalah untuk menjamin keselamatan saya yang mana akan saya serahkan kepada peguam saya,' tegas Arjunan lagi.

(1).png)

No comments
Post a Comment