Surat khabar sebagai petunjuk

Oleh Kassim Muhammad

Surat khabar milik pemerintah sebagai petunjuk ,Akhbar adalah raja yang menentukan agendanya

Akhbar sebagai penyebar maklumat (dan juga fitnah) umumnya boleh kita jadikan petunjuk. Sebabnya mudah. Pemilik atau cukong yang mengawal media memiliki agendanya sendiri. Atau lebih tepat ― agenda tuan politik mereka. Dan dalam negara yang cengkaman kuku besinya semakin ganas dan berbisa, keadaannya tersangatlah jelas.


Itulah sebabnya kadang-kadang berhari-hari kita dipaparkan dengan tragedi bayi dibuang merata-rata seperti pampers (Na’uzubillah..). Kadang-kadang pula kita berhari-hari membaca kes ragut oleh mat-mat/minah-minah bermotor dan kadang-kadang pula kita membaca kes murtad di sana sini, dan pada satu minggu itu kita membaca kes-kes rumah dimasuki rampok.

Demikianlah ampuhnya pengolah berita.

2.0 Apakah kes-kesnya yang dilaporkan itu bermusim seperti durian?

Apabila sesuatu tragedi itu ― misalnya pembuangan bayi secara bersiri dijadikan berita muka depan, apakah ini bermakna tatkala itu, kes-kes lain telah memohon cuti?

3.0 Apabila guru-guru dilaporkan menghina murid-murid yang bukan sebangsa dengannya...

Apakah yang mahu kita baca?

Apakah yang dapat kita baca?

Apakah mereka ini ‘guru’?

Akhbar apa yang ‘guru’ ini baca?

(Tuhan, apakah yang mahu mereka ajar kepada anak-anak kita? Apakah rezeki yang dibawa pulang itu ada barakahnya? Apakah jenis bangsa yang sedang kita bina?)

4.0 Akhbar mana melaporkan berita apa, dan kepada siapa?

Semua akhbar tahu siapakah para pembaca mereka. Utusan ada profil patronnya. Mereka tahu. Demikian juga MCA.

Ertinya tuan-tuan politik boleh menentukan agenda apa, dan untuk siapa pula.

Bukankah begitu?

5.0 Apakah pula pilihan kita?

Kita perlu bergabung untuk menentang segala kebejatan agenda.

Kita perlu sedar bagaimana suhu yang dipanaskan ini ditentukan oleh nafsu yang sedang gelabah gelisah.

6.0 Bagaimana jika kita seru sekalian rakyat supaya menghukum para MP yang rasis (dan yang cenderung dan condong kepada idea-idea rasis) dalam PRU yang akan datang dan PRU seterusnya?

Sebagai penutup, ini satu sms dari seorang teman lama:

‘Nama Guan Eng ganti Agong – disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang Bantah’ They are so crazy to resort to this crazy statement. Any educated Malaysian would never believe it. So they aim to influence the rural folks who have no access to other media other than Utusan. If grassroot Pakatan Parties can expose this is a crazy lie to the rural folks, BN will be a step nearer to their ending.”

Terima kasih teman kerana berkongsi pandangan.

http://barabarajiwa.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.