Umno Ketepi MCA Bila Tidak Berguna Lagi
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 2 Ogos - Tindakan mengheret bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik ke muka pengadilan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) menunjukkan Umno tidak lagi peduli kepada parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Umno bertindak demikian setelah mendapati peranan MCA tidak lagi diperlukan.
"Kita melihat penangkapan dan seterusnya mendakwa bekas presiden MCA itu menunjukkan kegagalan MCA dalam peranannya sebagai sebuah parti kaum Cina dan ini menyebabkan Umno merasa mereka tidak lagi memerlukan parti itu dalam BN untuk menarik pengundi Cina.
"Apa yang Umno lakukan sekarang ialah dengan menghasut orang Melayu bahawa kaum itu diancam dan seterusnya memomok-momokkan sentimen perkauman," kata Chua kepada Suara Keadilan.
Malah lebih meragukan, Liong Sik didakwa sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk bercuti sepuluh hari ke luar negara.
Menyentuh mengenai 1Malaysia, Chua berkata apa yang dinasihatkan oleh Apco mengenai gagasan itu tidak menjadi kenyataan dan lebih memberikan gambaran palsu kepada rakyat.
"1Malaysia nampak sekarang lebih kepada 1Melayu. Apa yang dikatakan Najib mengenai 1Malaysia hanyalah retorik politik semata-mata.
"Nampaknya dasar dan pelaksanaan 1Malaysia hanyalah omongan kosong pemimpin Umno-BN," ujar Cha lagi.
Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan didakwa 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Liong Sik yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000.

No comments
Post a Comment