Wang besar dan calon Timbalan Presiden
Zaid Ibrahim melalui blog Zaid untuk Rakyat membuat kenyataan terbuka “tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan”. Di dalam artikel bertajuk Demokrasi Dalam Parti Politik itu, Zaid mengkritik kod etika pemilihan parti Keadilan.
Zaid tidak setuju dengan kod etika sekarang. Mungkin Zaid percaya dia boleh mengendalikan pemilihan parti ini dengan lebih baik. Mungkin Zaid calon yang paling sesuai untuk menjadi Setiausaha Agung parti setelah tidak menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan. Lantikan bisa saja pak!
Nah! Nampaknya seorang yang diura-ura akan menjadi calon Timbalan Presiden telah memberi jaminan tidak akan menjadi calon. (Tetapi jangan lupa, dahulu ada seorang pemimpin UMNO yang membuat kenyataan berulang kali tidak akan mencabar jawatan Timbalan Presiden kemudiannya menjadi Timbalan Presiden).
Jika Zaid tidak bertanding, mungkin jalan untuk Azmin Ali lebih mudah. Benarkan begitu?
Ada ura-ura Syed Husin Ali masih bernafsu mempertahankan jawatan untuk kesekian kalinya. Tan Sri Khalid Ibrahim pula mungkin mengambil peluang pertandingan Timbalan Presiden untuk ‘mengajar’ Azmin yang dianggapnya masih perlu belajar banyak perkara. Atau apakah mungkin elemen-elemen yang tidak bersetuju dengan Azmin akan bersatu di belakang satu calon lain bagi memastikan nafsu Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden terhalang?
Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden Keadilan dikatakan berminat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.
Saya fikir jalan Azmin tidak akan menjadi muda secara tiba-tiba, hanya kerana Zaid tidak mahu bertanding. Selamat bertanding kepada semua. Bersama kita semarakkan demokrasi di dalam parti.
p/s: Dato’ Zaid, takde rancangan untuk buka firma Campaign Manager atau lobbying ke? Boleh yang muda-muda ikut sama.
Wang besar! Wang besar!
[Sumber]

No comments
Post a Comment