Anwar Bawa Anggota Parlimen Bebas Australia Sebagai Pemerhati Kes Liwatnya
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara berhubung kes liwatnya apabila mengundang Anggota Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen Rabu.
Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke sini adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.
"...Oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan proseding dan perbincangan," katanya.
Xenophon yang turut mendakwa dirinya seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.
Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

No comments
Post a Comment