Bekas pengurus kanan Sime Darby hadapi tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Seorang bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering dikenakan tuduhan rasuah melibatkan bayaran RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mazhazmi Jamaludin menghadapi tuduhan menerima bayaran itu daripada MLC Shipbuilding Sdn Bhd pada 31 Disember 2008 dengan mendakwa syarikat pembinaan perkapalan itu memperoleh kontrak bernilai AS$134.2 juta (RM421.6 juta) dari Sime Darby.

Mazhazmi dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah.Dia minta dibicarakan.

No comments

Powered by Blogger.