Pembinaan Lebuhraya Besraya tidak jejaskan 80 rumah penduduk
Oleh NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 21 Dis – Kerajaan Selangor tidak bersetuju sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 buah rumah di Taman Bakti, Ampang, bagi membina Lebuhraya Besraya baru dari Sg. Besi ke Pandan Indah.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), 25 November lalu.
“Mesyuarat MTES ketika itu mengarahkan supaya diadakan pendengaran awam pada 2006, tetapi apabila disemak perkara ini dengan penduduk, didapati tiada sebarang gerak kerja untuk pendengaran awam.
“Saya ambil tindakan dengan berbincang bersama pihak Besraya dan mengutarakan hal ini pada mesyuarat Exco, hasilnya Exco meminta Besraya membentangkan semula dalam mesyuarat MTES,” katanya.
Menurut Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka, sebelum itu beliau bersama penduduk terlibat membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan kediaman menyebabkan pihak LLM akur dan memberi tiga alternatif yang tidak menggugat kawasan kediaman terlibat.
“Setelah berbincang dengan pihak Besraya, mereka membentangkan tiga alternatif dan satu alternatif dipilih, yang mana ia tidak melibatkan perobohan dan alternatif ini telah pun dibincangkan dalam MTES dan telah diterima,” katanya.
Iskandar ketika ditemui TVSelangor memberitahu, baru-baru ini wakil Menteri Kerja Raya ada meninjau kawasan terbabit dan ini menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk.
“Pada mulanya, Datuk Shaziman Mansor berhasrat untuk turut padang menemui penduduk terbabit tetapi tidak jelas tujuan beliau dan ini menyebabkan penduduk bimbang adakah Kerajaan Pusat bertegas untuk melaksanakan projek merentasi rumah kediaman,” jelasnya.
Cadangan untuk merobohkan 80 buah rumah di Taman Bakti, Ampang, bagi membina Lebuhraya Besraya baru dari Sg. Besi ke Pandan Indah itu dibuat sewaktu pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor, walau bagaimanapun kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) yang baru telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES.

No comments
Post a Comment