Bekas perisik berbogel dalam majalah Playboy

NEW YORK – Bekas perisik terkenal dari Rusia, Anna Chapman berbogel dalam majalah Playboy untuk isu Januari, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambarnya dalam keadaan bogel itu disiarkan dalam satu artikel yang berjudul My Father the Spy oleh wartawan John H. Richardson di dalam majalah tersebut.

Namun, Anna sebenarnya tidak bergambar untuk Playboy.

Gambar bogel itu merupakan milik seorang bekas teman lelakinya.

Ia merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bogelnya yang disiarkan di Internet pada Julai lalu.

Gambar tersebut menunjukkan Anna berbogel di dalam sebuah tab mandi.

Anna merupakan antara perisik Rusia yang terlibat dalam proses pertukaran tahanan selepas dia ditangkap pada awal tahun ini di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip.

Pada Oktober lalu, Anna bergambar seksi untuk majalah Maxim edisi Rusia.

Bekas perisik itu kini diberikan tanggungjawab sebagai ketua sayap belia dalam parti Rusia Bersatu yang memerintah negara itu. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.