Bukan Khir Saja Yang Bermasalah! UMNO Bapak Masalah Dalam Negara

Muhyiddin: BN akan putuskan pengganti Dr Khir

Pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor akan diputuskan oleh pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita biar pihak berkuasa tentukan (mengenai kes mahkamah). Tapi bagi pihak BN, kita menjalankan tugas seperti biasa kerana kita tidak mahu ini menggugat dan mengganggu pentadbiran parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan agung
perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam hari ini.

Isnin lepas, Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi.

Ia melibatkan dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Ekoran itu, Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang.

Muhyiddin berkata meskipun Mohamad Khir menghadapi masalah tapi itu tidak bermakna urusan parti dan urusan di peringkat kawasan tidak dapat dijalankan.

"Apa yang penting, Dr Khir menghadapi masalah, tapi parti dan urusan lain perlu dijalankan seperti biasa. Dalam Dewan Undangan Negeri pula, akan dipilih wakil bagi menggantikan beliau (sebagai ketua pembangkang)," katanya.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.