Contohi Selangor, elak tragedi tanah runtuh berulang – Azmin
SHAH ALAM, 7 Dis - Bagi mengelak tragedi tanah runtuh yang menimpa penduduk di Bukit Antarabangsa, berulang lagi, kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) perlu mencontohi usaha kerajaan Negeri Selangor yang mewartakan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act).
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di dalam blognya menegaskan, akta tersebut dapat menyalurkan segala maklumat berhubung dengan cadangan dan kelulusan sesuatu projek dapat dipantau secara langsung oleh rakyat.
“Faktor utama tragedi sebegini berlaku adalah kerana kurangnya ketelusan dan pertanggungjawaban (transparency and accountability) daripada semua pihak.
“Menginsafi perkara tersebut, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan mewartakan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) melalui Dewan Negeri Selangor dan ini sudah tentunya membimbangkan pihak yang telah lama selesa bekerja dan bergerak dengan cara lama,” ujar beliau.
Tegasnya, ia dapat dilihat apabila Kementerian Kerja Raya cuba mempersulitkan pengumuman dan pendedahan yang mahu dibuat oleh kerajaan negeri melalui laporan kajian kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dengan mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Rahsia Negara.
“Kesedaran yang semakin meluas di kalangan rakyat dan juga tekanan yang berterusan daripada ahli keluarga mangsa kejadian dan pemilik rumah di Bukit Antarabangsa, Kerajaan Persekutuan akhirnya mengalah.
“Ini merupakan contoh jelas bahawa kesedaran yang meluas di kalangan rakyat adalah suatu kekuatan yang dapat menundukkan mana-mana penguasa dan pemimpin yang angkuh,” tambah Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Semalam 6 Disember, genap dua tahun tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Dalam kejadian 6 Disember 2008 itu, empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.
Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.

No comments
Post a Comment