Kenyataan GapS berniat jahat – Faekah
SHAH ALAM, 7 Dis – Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor atau Gaps, Hamizun Khairuddin, kesal dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagal mengawal pengikut dalam demonstrasi kelmarin adalah berniat jahat terhadap kerajaan negeri.
Faekah berkata, demonstrasi Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor itu adalah usaha kerajaan negeri untuk mempertahankan dan mengembalikan hak air kepada rakyat selangor dan telah mendapat kebenaran daripada pihak istana serta dikawal polis.
“Kalau kita mendapat kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum dan kita ikut semua peraturan yang telah diberikan, adakah dia nak kata Yang di-Pertuan Agong juga bersengkongkol?” ujarnya.
Menurut Faekah, Gaps tiada hak untuk bersuara dan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
“GapS tidak ada hak untuk cakap apa-apa, sebab segala urusan kita dapat dengan istana,” katanya.
Faekah juga turut mempersoalkan tujuan demonstrasi yang dibuat oleh GapS pada hari yang sama dilakukan kerajaan negeri.
“Malah kita juga dapat sokongan daripada Sultan Selangor untuk pertahankan hak rakyat selangor, jadi apa matlamat GapS pada hari tersebut, sekadar untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri dan mainan politik,” katanya.
Perhimpunan GapS pada Ahad lalu juga tidak mendapat sokongan apabila kira-kira 50 orang sahaja yang hadir.

1 comment
mulut boleh kata manis .. tapi hati klw da busuk .. dari jauh pun boleh bau .. hehehh
Post a Comment