Ibrahim Ali Yang Syumul?

Mursyidul Am Pas semakin keliru - Ibrahim Ali

KOTA BHARU 8 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin keliru apabila meletakkan pula syarat sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyokong pelantikan Penasihat DAP itu ke jawatan berkenaan tanpa sebarang syarat, jelas menunjukkan ia hanya mainan politik Menteri Besar Kelantan itu.

"Bagaimanapun, apabila mendapat maklum balas daripada ramai pimpinan Pas yang menentang kenyataan tersebut, Nik Abdul Aziz terpaksa meletakkan syarat pula.

"Ini menunjukkan beliau bercakap berbelit-belit dan semakin keliru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


kalau mung nak tau brehim, mung tu banyak kecek belit! orang pasir mas kenal dah mung tu sapa. bukan setakat belit, mung tu dah punah ranah doh!

No comments

Powered by Blogger.