Kawasan luar bandar masih dahagakan pembangunan
Oleh Dhia Daniel
SONG (Sarawak): Masyarakat luar bandar masih dahagakan pembangunan yang berterusan dan mampan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Datuk Ambrose Blikau Enturan.
Katanya, penduduk di daerah Song memerlukan lebih banyak pembangunan, termasuk pembangunan dari segi pendidikan.
Justeru itu katanya, beliau amat berharap agar rancangan untuk membina sebuah lagi sekolah Menengah iaitu SMK Song 2 yang kini disenarai dalam Rancangan Malaysia ke-10, dapat dilaksana dengan segera.
Ini berikutan dua buah sekolah menengah yang sedia ada iaitu SMK Katibas dan SMK Song sudah telalu padat dan tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.
Kata Blikau, beliau amat berbangga dengan kecemerlangan anak-anak di Song dalam pelajaran.
"Saya bangga dengan pencapaian akademik pelajar di Song setakat ini. Saya dimaklumkan, pada tahun ini Song menduduki tangga ketiga di Sarawak dalam keputusan cemerlang UPSR bagi kategori sekolah-sekolah di luar bandar. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan untuk kejayaan anak kita di luar bandar," katanya
Keputusan cemerlang
Jelasnya, seramai 18 pelajar dari Song dapat melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Ini menunjukkan pelajar di luar bandar juga berupaya untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pendidikan sama seperti pelajar di bandar.
Bercakap mengenai pembangunan juga, Blikau memberitahu kerajaan membelanjakan RM81 juta untuk projek Tekalit-Musah yang sepanjang 7.6 kilometer dan jalan ke Nanga Banjur menelan belanja RM56 juta.
"Selain itu, kerajaan juga dalam perancangan untuk mengadakan projek pembesaran Jalan SMK Katibas – Tekalit yang melibatkan kos sekurang-kurangnya RM13 juta untuk 1km," jelasnya.
Kata Ambrose juga, proses membina jalan ini mengambil masa yang lama begitu juga dengan jalan dari Kanowit – Song – Kapit.
Justeru, jelasnya penduduk di Song perlu membuat pertimbangan yang wajar diatas usaha kerajaan membangunkan masyarakat di luar bandar. Oleh itu, penduduk Song supaya terus memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakang kerajaan.

No comments
Post a Comment