Lawak! Fatwa Baru Wak Sembab!

TPM: Pakatan Selangor gentar populariti 1 Malaysia

LAWAS, 23 Dis – Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

“Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1 Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.

Muhyiddin berkata gagasan 1 Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutarbelitkan fakta tentang 1 Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1 Malaysia tiada kaitan langsung dengan “One Israel” seperti didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen “One Israel” pada 1999, Robert M Shrum.

Salinan kedua-dua dokumen itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di lobi Parlimen semalam. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.