Maal Hijrah: Imbau kembali pentadbiran Rasulullah- Wan Azizah
SHAH ALAM 7 Dis - Rakyat seharusnya mengambil iktibar dan semangat yang diwariskan oleh Rasulullah SAW dalam menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum, kata Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Maal Hijrahnya.
Malah beliau menyeru supaya konsep pentadbiran Rasulullah SAW direnung kembali, di mana baginda tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan daripada penduduk Madinah.
“Selain menjamin hak umat Islam, pentadbiran Rasulullah SAW juga turut memelihara kebajikan golongan bukan Islam dan kaum Yahudi yang sebelum ini begitu mencurigai sistem keadilan Islam,” katanya.
Mengimbau rentetan sejarah, 1432 tahun lalu di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik.
“Jika direnung kembali konsep pentadbiran Rasulullah SAW, meski pun Baginda berbangsa Arab Quraisy – tidak pernah sekali pun Baginda melebih dan meletakkan keutamaan kepada kaumnya semata-mata.
“Baginda juga tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah,” katanya.

No comments
Post a Comment