Mampukah kita Berhijrah?

Semalam seluruh umat Islam merayakan Ma’al Hijriah. Negara kita juga tidak terkecuali memperingati awal Muharam setiap tahun. Peristiwa Hijriah merupakan peristiwa besar dalam sejarah Islam dalam mana Junjungan Besar Muhammad saw bersama-sama sahabat-sahabat Baginda memulakan perjalanan keMadina Al-Munawarah sebagai salah satu afa’al Tuhan dalam mempekembangkan makalah Islam.

Demi perkembangan agama yang suci ini Muhammad saw meninggalkan Kota Makkah menuju ka Madinah dan dari Madinalah Islam berkembang kesuluruh pelusuk dunia khususnya semasa Islam diwariskan tanggungjawab perkembangannya kepada Khalifah-Khalifah Ar-Rashidin selepas wafatnya Muhammad saw.

Tidak payahlah rasanya untuk bercerita tentang perjalanan Junjungan Besar kita itu kerana itu semua diketahui oleh semua umat Islam. Kita semua sudah tahu bagaimana Baginda disambut oleh kaum Ansar dan khajraj dengan baik setibanya Baginda diMadinah dan itu semuanya merupakan afa’al Allah dalam proses memperkembangkan Agama suci ini.

Tetapi yang lebih penting ialah kita mengambil iktibar dan pelajaran dari peristiwa ini didalam kontek ‘maknawinya’. Sesungguhnya ianya melambangkan yang Hijrah itu merupakan salah satu proses bagi kemajuan dan perkembangan umat. Segala yang berlaku kepada Junjungan kita itu merupakan elemen-elemen yang wajib kita lakukan dalam kehidupan kita untuk kemajuan.

Seandainya tidak ada peristiwa ini umat manusia mungkin tidak dapat menerima kenyataan yang jika kita ingin maju dan berjaya hijrah itu adalah satu unsur yang sangat penting untuk kita lakukan. Satu unsur yang terpenting dalam memahami Hijrah itu ialah untuk kemajuan, perjalanan hidup kita tidak boleh statik. ‘Mobility’ secara fisikal, pemikiran serta sikap itu wajib untuk kemajuan kita dan masyarakat kita. Kita perlukan hijrah dan tidak boleh statik.

Itulah sebabnya kita dibenarkan berijtihad asalkan kita tidak lari dari tali Allah dan syariatnya yang telah ditetapkan itu. Itulah sebabnya Saidina Ali karramallah huwajha sentiasa berijtihat tetapi tidak lari dari asas hukum dan hakam yang telah disyariatkan. dan berijtihad itu mestilah dilakukan oleh Muslim yang penuh dengan ilmu Agama dan Ketuhanan.

Peristiwa Hijrah ini juga mengingatkan kita yang kita wajar berubah dalam mencari kebaikkan jika terpaksa. Rasullallah bertindak untuk berhijrah apabila keadaan diMakkah sudah tidak dapat memberikan perkembangan Agama Islam semasa itu dengan ancaman terhadap diri Baginda sendiri. Maka turun perintah keatas Baginda untuk berhijrah dan segala yang berlaku keatas junjungan kita itu adalah dituntut untuk kita lakukan jika sampai waktu dan masanya didalam kehidupan kita.

Orang-orang dari tanah besar Cina bertindak untuk berhijrah kerana masalah dinegara itu semasa pemerintahan Dinasti Qing dahulu. Kerana tekanan yang hebat dari pemerintah rakyat negara tersebut telah menentang kezaliman Dinasti Qing dengan mengadakan revolusi rakyat pada tahun 1910 dan selepas itu ramailah rakyat Cina telah lari dan berhijrah termasuklah keSemenanjung Tanah Melayu (Malaya).

Apabila pemerintahan yang tidak mahu berubah; rasuah dan salah gunakuasa tidak dapat diperbaikki, maka revolusi rakyat telah menamatkan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1910. Dinasti itu merupakan Dinasti yang terakhir dari sejumlah 26 Dinasti yang telah memerintah tanah besar Cina sebelum itu. Kejatuhan kerajaan Qing ini kita jadikan pelajaran; sekuat mana pun kerajaan itu, jika tidak berhijrah dan berubah, maka rakyat yang ramai akan melakukan penghijrahan dan meninggalkan mereka.

Jika kerajaan disaluti oleh gejala-gejala yang buruk dan tidak mahu berubah maka Hijrah Rakyat itu akan meruntuhkan kerajaan tersebut dan digantikan dengan pentadbiran yang baru. Rakyat sentiasa mengharapkan dan menantikan untuk menerima penghijrahan itu, seperti penerimaan penghijrahan Muhammad saw dan kaum Muhajirin oleh kaum-kaum Ansar dan Khajrah diMadinah itu.

Bagi kita yang sentiasa berfikir tidak akan terlepas pemikiran kita untuk melihat perubahan kepada mereka yang memerintah kita. Masalah yang kita hadapi sekarang tidak ubah seperti apa yang berlaku dizaman pemerintahan Qing diCina dahulu. Pemerintahan Qing tidak mahu berubah dan pemimpin-pemimpin mereka merasakan mereka kebal dan kuat. Akhirnya segala kekebalan dan kekuatan Dinasti Qing itu telah diranapkan oleh revolusi rakyatnya pada tahun 1910 dahulu.

Itulah sebabnya parti yang memerintah mesti berubah dan berhijrah cara pemikiran untuk kebaikkan rakyat untuk mengekalkan tampuk pemerintahan. Imej dan persepsi rakyat mesti bertukar kepada persepsi yang baik. Blog ini beberapa posting yang lepas tidak lupa untuk menginagati kerajaan yang memerintah sekarang ini untuk memperbetulkan sikap dan imejnya dimata rakyat. Pemimpin kita amat perlukan penghijarahan dari segi sikap dan perangai serta menjadi pemimpin negara yang sebenar-benarnya berdaulat.

Saya takuti jika pemimpin kita tidak mahu berhijrah kepada yang baik dan meninggalkan sikap buruk yang ada pada hari ini, adalah ditakuti rakyatlah yang akan berhijrah kali ini. Kita merasakan yang salah satu dari dua pihak; rakyat atau kerajaan mesti berhijrah.

Jika Kerajaan yang berhijrah, ianya bermakna yang kerajaan dan pemimpin akan berubah sikap. Jangan ada dikalangan pemimpin yang mencuri harta rakyat secara ‘habitual’ melalui rasuah dam salah laku, maka rakyat hampir pasti berhijrah dan meninggalkan kita. Muhammad saw meninggalkan Makkah kerana kaumnya tidak mahu berubah kepada kebaikkan.

Itulah dalam posting yang lepas saya bertanya; kalaupun UMNO mahu berubah dan berhijrah kepada kebaikkan sempatkah rakyat melihatnya dan menukar persepsi kepada kerajaan itu? Selalunya untuk rakyat kembali percaya kepada kita kadangkala memakan masa satu atau dua dekad.

Penutupnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ma’al Hijrah kepada semua dan kita, terutamanya mengambil iktibar dengan baik terhadap peristiwa besar dalam sejarah dunia ini. Bagaimana kita hendak menyangkal kebesaran peristiwa ini kerana ianya melibatkan jujungan kita Muhammad saw.

Jika ianya melibatkan peristiwa yang berkaitan dengan Muhammad saw, pastinya kejadian itu menjadi pelajaran yang baik bagi kita untuk melakukan hijrah jika terpaksa. Yang pentingnya hijrah wajar dilakukan seperti yang dilakukan oleh Muhammad saw.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.