Pak Lah Lawat Tok Guru Nik Aziz Di Hospital HUSM

KOTA BAHARU 20 DIS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dibenarkan keluar hari ini.

Beliau yang menerima rawatan susulan kerana menghidap sakit pinggang di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa lebih sejam melawat Nik Aziz hari ini.

Beliau diiringi anggota exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu
dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.

Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah "bercakap perkara biasa".

Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah, berkata Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas
menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya.-Bernama

No comments

Powered by Blogger.