Perhimpunan Aman: Imej PDRM tercalar

SHAH ALAM, 7 Dis – Tindakan Polis menahan seramai 52 orang dan memukul puluhan yang lain sewaktu Perhimpunan Aman, Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat, membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkat, insiden buruk itu mencalarkan lagi integriti polis dan kredibiliti Ketua Polis barunya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut Zuraida, rekod buruk pertama Ismail selaku Ketua Polis baru, membuktikan bahawa PDRM masih mengamalkan sikap ‘double standard’ atau berat sebelah dalam melaksanakan tugas.

Zuraida berkata, peri laku polis pada perhimpunan Ahad lalu hanya menguatkan dakwaan kesemua institusi kerajaan termasuk PDRM dan FRU diperkudakan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

Sikap tidak adil PDRM itu dizahirkan dengan tindakan polis menggunakan pancutan air meriam dan gas pemedih mata terhadap perhimpunan anjuran kerajaan negeri.

Namun tidak ada tindakan terhadap bantahan Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GapS) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi.

Zuraida berkata, perlakuan ganas pihak berkuasa sekali lagi memalukan imej Malaysia sebagai sebuah demokrasi membangun, dan menempelak slogan-slogan kononnya Kerajaan Umno-BN mementingkan rakyat.

1 comment

syed said...

Apa nak dihairankan. Begitu adat hidup di dunia ini. Itu sebabnya semua orang berebut untuk mendapatkan kuasa. Kepada yang terzalim, bersabarlah. Anda menjadi manusia bertuah kerana dizalimi. Masih ramai lagi manusia yang tidak merasakan bagaimana dizalimi.

Powered by Blogger.