Perobohan Surau Al Falah: Ada campur tangan politik
KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Lumpur, Fadil Othman mendakwa, ada pengaruh politik dalam arahan perobohan surau Al Falah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Fadil, cubaan meroboh surau berkenaan semememangnya atas dasar politik semata-mata oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Memang tak syak lagilah dia nak roboh atas dasar politik, tak ada masalah lain pun, atas dasar pemaju nak majukan kawasan tu, saya rasa itu soal lain,” katanya.
Fadil juga mendakwa cubaan meroboh surau berkenaan melalui DBKL adalah kerana pemimpin Umno tidak senang tindakan jawatankuasa surau tersebut yang sering mengadakan program-program ilmiah yang dianjurkan PAS.
“Kalau katalah kami buat ajaran sesat, contohnya kita kata salah dari segi agama, selidiklah dulu, kenapa tak selidik dan kami tak pernah buat benda-benda yang selewang daripada agama,” jelasnya.
Cubaan meroboh surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis bertarikh 10 November lalu untuk merobohkan surau tersebut dengan alasan kononnya untuk tujuan pembangunan.
Kelmarin, TVSelangor melaporkan kira-kira 80 ahli kariah surau itu yang bimbang tempat solat mereka akan dirobohkan telah bermalam di situ dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.
Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Raja Nong Chik supaya surau mereka tidak dirobohkan.

No comments
Post a Comment