Rakan akui Korporal Jenain lepaskan tembakan

SHAH ALAM, 14 Dis – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini diberitahu Konstabel Mohd Hafizd Mohd Yusoff bahawa rakannya Korporal Jenain Subi memang melepaskan tembakan dari senjata Heckler and Koch MP5 ke arah remaja berusia 14 tahun itu di Jalan Tarian, Shah Alam, 26 April lalu.

Menurut kopral Hafizd, Jenain mula melepaskan tembakan apabila kereta peronda Proton Wira yang dinaiki mereka memasuki Jalan Tarian di mana kereta putih Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid akhirnya terbabas dan berlanggar sebuah tembok.

Hafizd berkata, Jenain mensasarkan senjatanya ke arah kereta Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan.

Aminulrasyid, 14, dijumpai mati dengan sebutir peluru di kepala, di kereta yang dipandunya pada 26 April tahun ini.

Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

No comments

Powered by Blogger.