Polis beri kata dua kepada Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh sehingga 2 petang esok untuk memberikan keterangan kepada polis atau menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan ditahan.
Polis juga memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk penyokong bekas timbalan perdana menteri itu yang cuba menghalang polis menjalankan tugasnya, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 01Mohd Bakri mengadakan sidang media di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sementara itu, sejam selepas kata dua polis ini, Anwar menyatakan kesediaan memberikan kerjasama kepada polis.

Anwar akan ke IPK Kuala Lumpur esok jam 2 petang, kata peguamnya Sankara Nair.

Dalam sidang media kira-kira 3 petang, Sankara berkata beliau telah menerima surat daripada pegawai penyiasat DSP Jude Pereira tentang perkara tersebut tengah hari ini.

Sankara menambah, pegawai polis itu juga menyatakan waran tangkap telah dikeluarkan kepada Anwar, sebagai seorang suspek kes siasatan liwat yang diadukan oleh bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Sidang media itu yang diadakan di kediaman Anwar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur bagaimanapun tidak disertainya - dipercayai sedang membuat persediaan debat isu kenaikan harga minyak malam ini.

Penasihat PKR itu tidak hadir di IPK tersebut untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu.

Peguamnya Sankara Nair berkata keputusan itu diambil sebagai membantah tindakan polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya kelmarin walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.
Dakwaan "gangguan" polis itu sewaktu pihak berwajib itu cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di kediamannya hujung minggu lepas.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohamad Saiful dalam satu laporan polis yang dibuat pemuda itu pada 28 Jun.

Akibat keengganan Anwar, Mohd Bakri semalam berkata polis sedang mengenal pasti langkah-langkah sesuai untuk merakam percakapan

No comments

Powered by Blogger.