100 polis kawal keselamatan di mahkamah
|
|
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kira-kira 100 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan di sekitar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini ketika prosiding sebutan semula kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, anggota polis tersebut melibatkan unit-unit daripada petugas am, cawangan tugas jenayah, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Menurutnya, semua anggota polis tiba di kompleks tersebut pukul 6.30 pagi dan tiada sekatan jalan raya dilakukan bagi mengelak kesesakan.
“Setakat 9.45 pagi ini, keadaan di sekitar mahkamah terkawal serta tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan kompleks mahkamah tersebut.
Sementara itu, kira-kira 100 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir sejak awal pagi lagi. - Utusan
No comments
Post a Comment