ALANGKAH BAGUS KALAU IANYA TERJADI PAK LAH..

Ilmu Pengetahuan Asas Membangunkan Modal Insan - Abdullah

BUTTERWORTH, 6 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas untuk membangunkan modal insan di negara ini.

"Melalui ilmu pengetahuan, rakyat di negara ini bukan sahaja dapat memajukan diri dalam pelbagai bidang malahan dapat mewujudkan lebih ramai tenaga pendidik, doktor, jurutera dan sebagainya untuk kemajuan dan kemakmuran negara," katanya.

Berucap selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pokok Tampang, Tasek Gelugor, dekat sini hari ini Perdana Menteri berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk membangunkan ilmu pengetahuan agar rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Beliau berkata penekanan untuk melahirkan modal insan bukan sahaja ditumpukan kepada golongan profesional atau pekerja pejabat tetapi perlu diperluaskan kepada semua golongan termasuk penduduk di luar bandar.

"Kita mahu ibu, isteri dan anak yang mempunyai ilmu supaya mereka dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi sumbangan kepada kemajuan negara," katanya.

Abdullah menyertai lebih 200 jemaah berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih di masjid yang sama. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.