TERKINI! KOMEN DOLAH PASAL AHMAD

KEPALA BATAS, 6 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan semua pihak termasuk media supaya tidak menggembar-gembur dan mensensasikan sesuatu isu sehinggga menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang hati antara kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing untuk mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.

"Penting kita mengawasi diri. Ini saya tujukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, media, blog, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat khabar supaya tidak membuat pemberitaan yang menimbulkan rasa marah.

"Ini tidak membawa kebaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di sini, Sabtu.

Abdullah mengulas mengenai kenyataan yang didakwa berbau hasutan yang dibuat Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

"Beliau (Ahmad) melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

"Apa yang berlaku itu kononnya amalan kebebasan untuk bercakap, menyuarakan pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang yang berkenaan yang membuat kenyataan. Ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Abdullah berkata sejak kebelangan ini isu berkaitan kaum telah menimbulkan keresahan antara kaum di negara ini.

Beliau berkata perkara yang tidak sepatutnya ditimbulkan yang ada hubung-kait dengan sensitiviti kaum seperti agama dan kontrak sosial yang boleh menimbulkan kemarahan dan tidak senang hati di kalangan kaum telah berlaku.

"Ada kaum yang rasa hak dan sensitiviti mereka nampaknya tidak diambil berat, dipedulikan dan diketepikan," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata laporan 'post mortem' pilihan raya kecil itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno pusat untuk diteliti dan dihalusi.

Sementara itu mengenai pemilihan Umno peringkat cawangan di Pulau Pinang, beliau berkata kesemuanya berjalan lancar dan telah selesai.

-- BERNAMA

LAH....TU ORANG PAKAT NAK KELUAR BN....DATUK SRI TAU KE?? CHEK TOLONG HABAQ JE

No comments

Powered by Blogger.