bila ANWAR sergah, UMNO mula gelabah
"
Topik 16 Sept semakin hangat dibicarakan. Pelbagai ramalan dan teori telah dibentangkan dimedan internet yang menjadi ruang untuk rakyat berwacana menyatakan pandangan serta luahan rasa keprihatinan mereka terhadap negara.
Perdebatan berkenaan satu peristiwa yang bakal berlaku pada tanggal 16 Sept 08 juga menjadikan meja-meja diwarung,cafe dan gerai gerai selaku pentas bagi rakyat melempiaskan hujah masing-masing.
Semuanya bermula dengan Anwar Sebaik keputusan PRU-12 diumumkan. Keputusan yang digelar tsunami politik ini menyaksikan kemaraan Pakatan Rakyat dari 1 negeri kepada 5 negeri dengan tambahan satu wilayah.
kemenangan besar Anwar dipilihanraya kecil PPauh menambah kekuatan tarikh 16 sept. Dunia juga berdebar menantikan tarikh yang sudah mula dianggap keramat itu.
Kalau dilihat rekod Anwar sebelum ini, jelas setiap tuturnya mempunyai asas. Anwar tidak akan sesekali membiarkan dirinya diperlekehkan, apatahlagi kembalinya kepersada politik tanahair disambut dengan kemenangan besar melalui gagasan Pakatan Rakyat pimpinannya sekaligus mencatat sejarah politik tanahair.
Justeru itu mana mungkin Anwar omong kosong dalam kisah 16 sept ini. Keyakinan ini dapat dilihat pabila Pak LAH terpaksa berkunjung keSabah beberapa kali sebaik berakhir PRU-12. Tidak cukup dengan itu, Pak LAH menambah belanja dalam bajet apa yang disebut "Bajet Prihatin" bagi menunjukkan kasihnya pada Sabah dan Sarawak.
Terbaru Anwar menyergah lagi UMNO-BN dengan mengatakan, sudah punya ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Maka terpaksalah dikutip tandatangan setiap ahli Parlimen Sabah bagi menyatakan kononnya tetap setia bersama Pak LAH.Alahai... sayangnya tidak semua yang menurunkan tandatangan.
Senario ini cukup menggusarkan pewaris tahkta Presiden UMNO 2010. Ini kerana Najib amat memahami bekas bos lamanya itu, Najib pernah berkhidmat malah terlibat dengan percaturan strategi Anwar sewaktu memimpin Pemuda UMNO satu ketika dahulu.
Jadi tidak hairanlah melihat kerisauan terpancar diwajah Najib disaat Anwar menyergah.Mungkinkah juga bertindak atas kerisauan akibat gerun dengan langkah Anwar , maka ahli BBNC bakal menyeberang laut dalam waktu terdekat ini? Dan khabarnya mereka hanya akan pulang ke tanahair pada 19 sept 08.
Terkenang pesanan Tun dalam menyaksikan kemaraan politik Anwar: "Anwar mampu membuat sesuatu diluar dugaan". Renungkanlah..
No comments
Post a Comment