Ketua Pemuda

JOHOR BAHRU: Usaha polis negeri untuk terus menjejaki pembunuh serta dalang di sebalik pembunuhan kejam bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishanasamy, Januari lalu, berterusan apabila menahan Ketua Pemuda MIC Johor yang juga anak lelaki bekas Exco kerajaan negeri, tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan mengenai penahanan lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas Adun berkenaan yang belum dapat diselesaikan selepas hampir sembilan bulan berlalu.

"Kita menahannya bagi membantu siasatan kes berkenaan dan akan dibawa untuk perintah tahanan reman esok," katanya.

No comments

Powered by Blogger.