BPR>>awat tak pergi tangkap pak lah???
KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua hari ini dengan mengemukakan bukti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyalahguna kuasa untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden parti.
Mazlan tiba kira-kira pukul 9.30 pagi di BPR Wilayah Persekutuan dan diikuti ahli Umno cawangan dari Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah 10 minit kemudian bagi mengiringi beliau.
Mazlan ketika ditemui wartawan selepas keluar dari pejabat BPR kira-kira satu setengah jam kemudian berkata, beliau hanya boleh mengesahkan telah menyerahkan bukti kepada BPR namun enggan mendedahkan bentuk bukti yang dikemukakan.
“Laporan dibuat hanya terhadap Abdullah. Ketua Eksekutif mesti bertanggungjawab salah guna kuasa dan macam-macam lagi.
“Mereka (BPR) mesti mengambil serius perkara ini. Saya tidak akan menyembunyikannya,” katanya.
Laporan kali kedua ini dipercayai mengulangi apa yang dilaporkan kali pertama 5 Ogos lalu iaitu “ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan hotel dan diberi buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.”
Sementara itu, Kadar Ninam Shah berkata, laporan kedua dibuat kerana pihaknya tidak mendapat maklum balas secara vokal atau surat daripada BPR selepas sebulan laporan pertama dibuat.
“Menurut pegawai yang bertugas, mereka telah membuat laporan dan diarahkan menghantarnya ke pejabat atas... kemungkinan ibu pejabat (BPR).
“Kata mereka dah bagi tetapi saya tidak tahu siasatan sudah dijalankan atau belum,” katanya.
Beliau berkata, laporan pertama dibuat oleh Mazlan adalah berdasarkan surat aduan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim bertarikh 11 Julai lalu yang dihantar kepada kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Bagi laporan pertama, tidak ada apa yang dilakukan. Yang kedua ini, kita tunjukkan bukti yang beliau (Abdullah) terlibat," katanya.
Beliau berkata, antara bukti yang dikemukakan adalah 20 hingga 30 keping gambar yang menunjukkan Abdullah bersama-sama dengan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli Umno yang diundang khas dan dipercayai untuk tujuan berkempen bagi menyatakan peralihan kuasa dan ingin mengekalkan jawatannya.
Beliau berkata, Abdullah telah melakukan perjumpaan tertutup di ibu negara dengan ahli-ahli Umno Pulau Pinang pada 3 Mei, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada 9 Jun, Johor (22 Jun), Terengganu (28 Jun), Perlis (29 Jun), Pahang (8 Jun), Selangor (19 Mei), Perak (7 Jun) dan Kedah (10 Mei).
“Kita ada video (menunjukkan Abdullah bersama Ketua Umno). Kesemua perjumpaan itu ditanggung oleh Kementerian Penerangan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),” katanya.
Kadar berkata, beliau diberitahu, ada ahli Umno yang mendapat wang tunai sehingga RM200, kain batik dan juga sejadah.
"Ini sememangnya bertentangan dengan etika dalam Umno yang tidak membenarkan mana-mana ahlinya berkempen dan melakukan perjumpaan tertutup.
“Kedatangan mereka ke sini, hotel yang diberi...itu sudah jelas daripada apa yang mereka dapat,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya turut membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Umno, Kadar Shah berkata, aduan hanya dibuat kepada BPR.
“Laporan pertama yang dibuat oleh Kapten Zahar, Umno tidak buat siasatan, jadi kita buat kepada BPR.Kalau Umno tidak boleh buatm biar BPR yang buat.
"Kalau selepas ini masih tiada maklum balas, kita akan tengok sama ada kita akan buat laporan sekali lagi, membawanya ke mahkamah atau mengemukakan afidavit," katanya.
-mSTAR Online

No comments
Post a Comment