lawan pemuda UMNO

Beberapa pemimpin Umno bahagian di Kedah menyokong keputusan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, mereka gembira dengan keputusan ahli parlimen Jerlun itu untuk bertanding jawatan tersebut.

Ketua Pemuda Umno bahagian Jerlun, Mohd Zulfekri Awang berkata, Kedah memerlukan pemimpin muda yang berkelayakan dan berkaliber untuk memimpin pemuda di peringkat negeri dan pusat.

mukhriz mahathir and umno pemuda"Datuk Mukhriz dapat menaikkan imej pemuda di negeri Kedah," katanya sambil menambah Kedah kekurangan pemimpin pelapis yang berkebolehan.

Sehubungan itu, Zulfekri menyeru ahli-ahli Pemuda Umno supaya memberi sokongan padu kepada Mukhriz untuk memberi peluang kepada beliau memimpin pergerakan itu.

Pertahan orang Melayu

Menurutnya, Mukhriz merupakan satu-satunya pemimpin pemuda yang tegas dan berani menegur kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ditanya sama ada Mukhriz mampu memenangi jawatan tersebut, beliau berkata: "Setiap orang ada cara dan strategi tersendiri. Terserahlah kepada perwakilan untuk menentukannya."

Manakala Ketua Pemuda Merbok, Abd Karim Ali pula berkata Mukhriz mempunyai rekod perkhidmatan sebagai ahli politik yang berani menyatakan kebenaran untuk kebaikan parti dan orang Melayu.

"Pemuda Merbok menyokong penuh keputusan Datuk Mukhriz untuk bertanding dan beliau adalah seorang yang tegas demi kepentingan bangsa dan parti.

"Kami di Merbok memerlukan pemimpin yang berani dan tegas untuk membawa Melayu menghadapi 50 tahun yang akan datang," tambahnya.

Ketua Pemuda Merbok itu berkata, sikap tersebut seharusnya ada dalam kepimpinan Pemuda Umno untuk mempertahankan orang Melayu dalam apa jua keadaan sekali pun.

Dapat sokongan

khir toyo smoothBagaimanapun, Abd Karim juga mengalu-alukan hasrat Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, untuk turut bertanding jawatan tersebut.

"Ini membuktikan wujudnya amalan demokrasi dalam Umno. Perwakilanlah yang akan menentukan siapa yang layak memegang jawatan tersebut," kata Abd Karim.

Sementara itu, bekas ketua Pemuda Umno Pendang, Basiron Said percaya Mukhriz akan mendapat sokongan pemimpin Pemuda Umno di Malaysia.

Beliau yang juga setiausaha Umno bahagian tersebut, juga berkata ahli parlimen Jerlun itu akan mendapat sokongan mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri serta proses peralihan kuasa.

khairy jamaluddinBagaimanapun, katanya, Mukhriz akan berdepan dengan saingan sengit dari Khairy sekiranya naib ketua Pemuda Umno itu turut bertanding bagi jawatan berkenaan.

Basiron juga tidak menafikan ketokohan Adnan dan Dr Mohd Khir.

No comments

Powered by Blogger.