DS Khir Toyo yang patut ditahan ISA!


"a
Isu ISA kini telah kembali hangat. Seorang demi seorang ditangkap dengan sesuka hati pemerintahan negara kita. Apakah kesalahan jelas yg dilakukan oleh mereka yg ditangkap? Raja Petra hina Nabi S.A.W, ada bukti ke? Kenapa tidak dikemukan dalam akhbar harian? Bak kata alim ulamak kita, kalau kes hina Nabi, patut dibawa ke Mahkamah Syariah, baru kena tempatnya, bukan ISA.

YB Teresa Kok juga ditahan ISA, apa salah dia? Dia dah nafikan terlibat dalam petisyen azan, kenapa polis tidak siasat dulu sebelum tahan. Siapa sebenarnya yg berkehendakkan sangat dia ditahan? Kata DS Syed Hamid itu urusan polis, tapi bila kita baca betul2 dalam akhbar, itu atas kuasa Menteri Dalam Negeri, siapa MDN tu, bukan DS Syed Hamid ke?

Wartawan Tan ditangkap, apa sebenar salah dia? Takkan sebab masukkan fakta2 yg telah dikeluarkan oleh pimpinan BN pun salah. Sepatutnya yg salah ialah orang yg mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, bukan orang yg mendedahkan kenyataan tersebut. Pendedahan dibuat atas dasar demokrasi. Kalau itu pun salah, tak payahlah nak laungkan Malaysia negara berdemokrasi.

Kalau kita teliti betul2, yg patut ditahan ISA ialah DS Khir Toyo! Beliaulah yg telah membuat onar, membuat cerita sendiri, membuat fitnah ikut sesuka hati. Cerita petisyen azan itu datang dari dia, bukan Teresa Kok. kalau Teresa Kok dah nafikan, sepatut polis siasat dahulu kes ini. Sesudah siasatan, barulah kita tahu cerita sebenar, barulah tahan sesiapa yg patut.

Memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam akhbar Wasilah semalam,
"Kalau nak ikut undang2 kerajaan sekarang, Datuk Ahmad Ismail tu patut ditahan ISA. Tapi kenapa sekadar digantung keahlian sahaja? Ini kes negara, bukan kes parti. Beliau telah membuat kenyataan yg berbaur perkauman, itu dah dikira hasutan, patut dirujuk Akta Hasutan. Sebab itulah kita kena berbalik kepada ajaran Islam"

No comments

Powered by Blogger.