Haramkan walkie-talkie: NOH KENA TURUN SENDIRI...

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Batalkan lesen syarikat bas dan haramkan pengunaan alat perhubungan walkie- talkie - demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dalam usaha membanteras kegiatan ulat tiket menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau kita dapati syarikat bas bersubahat dengan ulat-ulat, maka saya sudah berjanji dengan mereka (syarikat-syarikat bas) bahawa saya akan membatalkan semua lesen mereka,” katanya kepada pemberita semasa meninjau aktiviti penjualan tiket bas di Hentian Puduraya di sini hari ini.

Orang ramai kini berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket bas terutama bagi membolehkan mereka pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya.

Kesempatan ini diambil oleh penjual tiket atau ulat tiket yang sentiasa bergerak di kawasan stesen bas tersebut untuk menawarkan tiket kepada orang ramai tetapi dengan harga yang lebih tinggi.

Ulat-ulat ini bekerja sama dengan penjual tiket di kaunter untuk kebanyakan syarikat bas dan sentiasa menggunakan walkie-talkie untuk berhubung antara mereka.

Noh berkata, penggunaan walkie-talkie perlu diharamkan kerana ia dipercayai menyumbang kepada kegiatan berleluasa ulat tiket.

Beliau juga mahu pengguna melaporkan kegiatan ulat tiket kepada kementeriannya dan Lembaga Perlesenan Kementerian Perdagangan.

Mengenai cadangan pembelian tiket dibuat secara dalam talian, Noh berkata, ia bukan jalan penyelesaian muktamad kepada kegiatan ulat tiket.

“Kalau ada (on-line) pun tidak semestinya tidak ada ulat kerana ulat ini lebih pandai, dia boleh duduk di rumah dan satu bas dia boleh tempah,” kata beliau.

Berhubung terminal bas ekspres dan bas tambahan sempena raya, Noh berkata Hentian Putra dan Hentian Pekeliling adalah untuk perjalanan ke pantai timur, Hentian Puduraya dan Hentian Duta bagi perjalanan ke utara dan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bagi perjalanan ke selatan.

Beliau berkata, kementerian juga membuka laluan bebas bagi semua syarikat bas.

“Menerusi laluan bebas, bas tidak semestinya mengikut laluan sedia ada sebaliknya mengikut permintaan dan kehendak pasaran,” katanya.

Noh berkata, syarikat Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) yang sebelum ini mengumumkan kesemua tiket bas mereka habis dijual, telah bersetuju untuk menambah jumlah bas ekspres.

Katanya, Pengerusi dan Pengarah Urusan KTB, Datuk Nadzmi Salleh memberi jaminan bahawa KTB akan menambah bilangan bas ekspresnya.

Noh berkata, pemeriksaan mengejut akan kerap diadakan pada musim perayaan ini bagi memastikan aspek keselamatan penumpang sentiasa dititikberatkan.

– Bernama

HANG TU KENA TURUN PADANG SENDIRI...HANG TAU KE PUDU KAT NA??HANG TAU KE KEADAAN PUDU MACAM MANA?HANG TAU KE BRAPA BANYAK ULAT KAT SANA? HANG JANGAN CAKAP IKUT SEDAP MULUT JE NOH....HANG TAK RASA APA YANG KAMI RASA...DAH BPAPA KALI NAK LAWAN ULAT NI...HANG MANA TAU??????????

No comments

Powered by Blogger.