46 'ulat' tiket masuk jerat


DUA orang 'ulat' tiket yang kelihatan memakai beg silang dan walkie-talkie menunggu pelanggan di Hentian Puduraya.


KUALA LUMPUR - Keghairahan 'ulat' tiket memburu mangsa yang terdesak pulang ke kampung sempena cuti musim perayaan 'memakan diri' apabila 46 orang termasuk warga asing masuk perangkap pihak berkuasa.

Mereka ditahan dalam operasi yang menyaksikan kakitangan penguat kuasa menyamar sebagai pembeli tiket.

Semua 'ulat' itu ditahan di 'kubu kuat' operasi mereka iaitu Hentian Puduraya dalam dua operasi berasingan bulan lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan ketika dihubungi berkata, sebahagian daripada yang ditahan itu merupakan warga asing yang diupah bertindak sebagai 'ulat'.

"Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan 'ulat'. Hasil perancangan rapi kami berjaya menahan mereka dalam jumlah yang agak ramai,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas beliau, semua 'ulat' berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 110 A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara lima tahun.

Sementara itu, kakitangan pengusaha bas tidak lagi dibenarkan menggunakan walkie-talkie bagi menangani kegiatan 'ulat'.KOSMO

SAPA ULAT YANG PALING BESAR????HAHAHA.....FAHAM-FAHAM LA KAWAN....

No comments

Powered by Blogger.